19 February 2015

#JAULAHKITA - Plan Above Plan

Sumpah. (eh tak jadi guna sumpah)

Wallahi. Aku tak pernah sangka harapan aku nak jejakkan kaki ke Kerajaan Bersatu bersama ahli katibahku menjadi kenyataan.

November 2014
Musyawarah pertama #WAFDA (nama katibahku) membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sesama katibah bagi memenuhi tuntutan wasilah dakwah kami. Dan salah satunya adalah, JAULAH. Jujur aku katakan, masa masuk bab 'nak-cari-duit-setiap-usrah-untuk-jaulah' aku lah orang yang paaaaaling diam tak berkata waktu tu. Ya, hasrat di hati nak join sekaki, tapi apakan daya, duit tak mencukupi dan aku yakin umi abah mesti tak bagi.

Hari pun berlalu dengan tiada hari yang aku tidak memikirkan perkara ini~~

Disember 2014
Pusingan akhir (baca: end round) Perubatan Am semakin mengakhiri tapi aku seolah tiada perasaan nak menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana aku masih berfikir dan berfikir, tentang jaulah ini. Sampailah suatu hari, Tuhan seperti memberi ilham dan 'keizinan' kepadaku untuk menyertai jaulah ini.

Lantas suatu hari aku menghantar pesanan ringkas Whatsapp kepada Umi untuk meminta izin beliau menyertai jaulah ni dan aku bersedia dengan berjuta alasan sebab aku memang yakin yang Umi tak akan bagi. Dan, nah, komfem 100% Umi tak bagi sebab duit.

Oh duit.

Aku hampir memasuki ke fasa 'deprasi' sebab terlalu memikirkan macam mana caranya untuk mendapatkan duit. Kurang beberapa. Aku mengeluh sendiri. Takpe Zida, sangka baik dengan Allah. Mesti ada cara, mesti.

Alhamdulillah, perancangan Allah Maha Rahmat, dengan bantuan dan keazaman yang tinggi serta sokongan dari ahli #WAFDA yang lain, aku berjaya mencukupkan beberapa yang tidak cukup tadi. Allahu :')

Doa tak putus dari mereka, alhamdulillah Abah Umi setuju dan beri kebenaran. Hari tu juga Bella menyelesaikan proses pembelian tiket dan lain-lain.

Alhamdulillah wa syukrillah.

Memang kena sangka baik selalu. Kalau terdetik pun, cepat-cepat sangka baik semula. Tak kisah la macam mana. Takut sangka yang tak baik kita tu jadi kenyataan. T__T


Januari 2015
Setiap hari berdebar-debar. Setiap hari rasa tak sabar. Dan setiap hari jugaklah betulkan niat. Pegi sana bukan nak main-main sangat pun. Dan setiap hari jugaklah fikir apa sebenarnya yang aku cari bila dah ada kat sana?

***

Alhamdulillah! Visa yang ditunggu-tunggu sejak 2 bulan dapat siap 2 hari sebelum terbang. Rasa nak menangis sangat sebab rasa macam banyaknya Allah tolong selesaikan semua dengan licin. Semua benda yang dirancang pun jalan seperti yang dirancang. Ya, Allah sebaik Pelaksana! Dia tahu yang terbaik! T_T

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”


To be continued......


Drop me any question :)

11 January 2015

Ruh Menulis, Datanglahhhh!

Macam menyeru apa je dah.

Hari ni saja try test bukak blogspot yang selama ni dibiarkan begitu saja. Tak sangka berdebar-debar isi email dan password, semata-mata sebab bukak blog ni.

Hanya Allah je la tahu betapa aku rindu nak tulis macam dulu.

Lately ni aku banyak je idea nak menulis, walaupun aku tau aku patut tulis seminar Internal Medicine under topic of Chest Pain - subtopic Cardiovascular. End round General Medicine ni pun tak sampai seminggu dah. Tapi ntah kenapa perasaan nak menulis dalam blog tu membuak-buak, padahal bukan ada isi sangat pun.

Dan aku tau sebab takde orang yang baca blog ni lagi. Tu yang rasa macam nak membebel sorang-sorang tuuuu. Hahaa.

Esok kelas and i need to sleep now.

Till then.

Drop me any question :)