Gambar kereta milik Datuk Seri Nizar yang kemalangan pada bulan Januari lepas
Salam Hari Isnin buat semua readers yang sentiasa menyokong saya di arena of star penulisan blog ini. Wahh, dah rasa macam blogger tegar pulak. Mana tak, hari-hari tak hidup dengan blogwalking, tulis entry baru, follow sana sini, komen itu ini. HAHAH Eh, elok pulak mood. Sepatutnya kalau ikut tajuk, mood macam tak baik kan? T________T
Saya tak faham kenapa mesti ada orang yang dengki plus iri hati dengan kejayaan orang lain? Kenapa? Mengapa? Apa salah kami kerana kami diperlakukan sedemikian?
Sebenarnya, baru-baru ini Umi (mak aku lahh) ditimpa kemalangan yang tak diduga. Ehh, ada ke orang menduga kemalangan? Apa-apalahh. Masuk hari ni, dah seminggu kereta Honda City Umi ada dekat Pusat Servis. Minggu lepas, Umi eksiden langgar tiang sampai kereta boleh terbalik. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana kereta tu boleh terbalik. Mungkin macam gambar kat atas tu kot.
Menurut kata Umi, masa tu kat simpang (jalan kat Balakong, bawak kereta sorang diri). Pemandu yang ada kat opposite jalan tu dah bagi laluan kat Umi. Tapi ntah macam mana, Umi boleh 'tertidur' lalu melanggar tiang dan kereta terbalik. Aisehh. Mata elok segar-bugar tapi boleh tertidur. Umi ada mengadu jugak, sejak dua menjak ni, kalau drive tu mesti mengantuk.
Akibat mengesyaki sesuatu yang tidak baik, semalam Umi jumpa dengan ustaz di Darul Hidayah, Bangi (betul ke nama ni?). Yupp. Memang. Ustaz tu cakap, seseorang telah melakukan 'sesuatu' kepada Umi sebab dia dengki dengan kejayaan dan bonus yang telah umi perolehi baru-baru ini. Mungkin sebab dia tahu, Umi selalu pergi ofis sorang-sorang, dia pun mengambil kesempatan.
Okey
Umi baru dapat 'bonus dan kejayaan' besar dalam bisnes Jus Jambu Batu Merah Jambu tu. Umi telah menjadi antara 4 orang tertinggi di cawangan Selangor ini. Mungkin sebab tu ada orang yang tak puas hati, kenapa Umi boleh jadi orang komiti tu.
Alahai, kau ingat senang ke jadi komiti tu? Aku sendiri pun dah rasa susah tau! Sampai tak tidur malam, kalau tidur pun pukul 4 pagi. Lepas tu, tinggalkan rumah berhari-hari, tinggalkan anak suami. Makan pun tak tentu. Meeting, talk segala bagai. Kau ingat ringan ke haaa??? Apa pasal dengki sangat?
Ya Allah. Kalau boleh, kalian doakan keselamatan kami sekeluarga. Doakan kesejahteraan kami. Jangan biarkan Umi ditimpa masalah kami. Wooo. Adik-adikku ramai wehh. Sume kecik-kecik. Aku pun kecik jugak. Semoga orang yang berkenaan dapat menyedari tindakan yang dilakukan dan semoga hanya ALLAH saja yang dapat membalas segala tindak-tanduk orang tersebut.
Amin.
