21 August 2009

Ustaz Asri Ibrahim Dalam Kenangan

Salam.

Malam 1 Ramadhan 1430H ni sangat menginsafkan aku - lagi2 on the way balik rumah tadi, umi story panjang pasal abang Ustaz Fadzil [ustaz aku yang paling best dari dulu sampai sekarang - kat SAMSMeL] -- siapa lagi kalau bukan vokalis utama Rabbani, Ustaz Mohd Asri bin Ibrahim. Semua cerita pasal arwah, semua umi cerita. Sampai ke kisah umi nangis pun ade. 

Mana tak, kitorang satu family baru je sangat2 jumpa arwah kat Konsert Antara Dunia tu, tup2 Aishah cerita malam Khamis last week, "Zid, Ustaz Asri meninggal pagi tadi..." Terus tegak seram sejuk aku. Teringat masa konsert, Rabbani punya show semua pasal kematian - seolah-oleh arwah mcm dah tau je.

Apa2 pun, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita kirimkan Al-Fatihah buat Arwah.


Alhamdulillah...
Akhirnya tepat jam 3 petang 070809 yang lalu, aku sah meletakkan jawatan sebagai seorang pengawas asrama atau nama glamour kat hostel MPA. Skrg hidup aku lagi bebas dan bahagia - sebab aku dapat kembali together dengan Dija, Nasha & Zafirah! I miss them so much okey? haha Adah pun join semeja dgn kitorang.

Tahniah buat MPA lame yang berjaya mengekalkan jawatan MPA korg. Takziah buat budak2 yg naik jadi MPA, siapla korang kena buat mcm2 kerja yang berat, laporan yang bertimbun2, kertas kerja yang ntah apa2 dan anything. Tapi aku sebagai seorang kakak nak pesan, "Semua kerja yang kita buat masa jadi MPA tu sangat berguna untuk kegunaan kita masa depan nanti. So, buat dengan ikhlas sebab kita dah dipertanggungjawabkan untuk jadi tu semua".

Majlis Apresiasi Budi MPA tu berjalan dengan lancar even aku sebenarnya sangat membangkang buat majlis tu petang2 terik Jumaat tue. Tapi bila fikir aku dah nak SPM, trial sangat dah dekat, cikgu cikgi pun bz ke amat, buat je la. Tema baju, biru kayangan. Kalau Andai ikut plan asal, komfrem best! Petang tu ade persembahan dari dak Form 5 - Ammar, Munawir, Faris, Zaim,Husnir & Haziq - seriously best!
 

Drop me any question :)

0 talkatives:

Post a Comment