22 February 2010

Saya Anak Minang. Meh Meh Meh. Daging Berlado's recipe

Yeah. Hari ni nak share dengan korang satu resepi yang jarang2 orang Melayu kita masak. Sharing is caring right? Haha. Post ni special aku buat untuk Aliyah. Nanti ko post pulak tau ko punya resepi. Kita tukar2 la. Menu special ni aku import khas dari Sumatera, Indonesia. Masakan ala Minang. Haha Umi la yang ajar~ ^_^


 
DAGING BALADO

Bahan-bahannya :
Daging 
Bawang putih
Bawang merah
Cili merah
Minyak masak
Sos Tomato
Kentang
Garam
Gula


Cara-cara Memasaknya :

1) Sila rebus daging yang anda telah biarkan tadi selama setengah jam. Tak kisah la apa jenis daging pun, daging lembu, daging kerbau, daging unta, even daging arnab sekalipun tapi pastikan halal.

2) Goreng kentang yang telah dikupas dan dipotong mengikut citarasa terlebih dahulu.

3) Tumbuk bawang putih sebanyak 3 ulas sehingga lumat

4) Daging yang telah direbus sehingga lembut tadi pula perlu dihiris, lagi kecik, lagi sedap. 

5) Gaulkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi bersama daging yang telah dihiris bersama garam halus secukup rasa. Tak payah guna maggie cukup rasa tu, buang duit dan tidak asli.

6) Gorengkan daging tersebut menggunakan minyak gorengan kentang tadi sehingga ia menjadi sedikit kehitam-hitaman.

7) Blender bawang merah bersama cili merah (dalam 7 batang cukup) dan tuangkan adunan blender tersebut ke dalam kuali berisi daging tadi.

8) Tuang sedikit air (tengok la agak2 kering basah) dan garam secukup rasa.

9) Kacau dan biarkan minyak timbul serta daging menjadi ala2 kering kebasahan.

10) Siap dan hidang ^_^

Mati2 aku ingat susah nak masak benda ni. Well, sejak tinggal kat asrama dari Form 1 until Form 5 ni, aku memang malas nak masak. Tapi memikirkan aku dah besar, malu wehh kalau tak reti masak. Lagi2 aku ni berketurunan Minang, buat segan je tak tahu masak makanan tradisi. Haha

Daging Balado atau nama Melayu-nya Daging Berlada, ala2 daging masak merah tapi kuahnya kering sikit. Takde la pedas sangat. Tapi the truly recipe memang pedas. Walla weyhh. Masakan Minang memang pedas. Pi pekena Nasi Padang. Pehh. Hot! Hot!


Okey, just wanna to share. Seriously, aku anak kacukan tau mak aku Minang asli dari Parabek, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Semua suku sakat anak cucu cicit Bani Hashim dah selamat tinggal kat Malaysia (KL, Cheras, Gombak, Puchong, Setapak) Anak cucu cicit menantu lahir kat sini. Mostly mak2 je yang dari sana. Merantau ke KL sejak 1980-an. Haha

Nantila I stori pasal kampung I kat sana tu. Selamat memasak :)


Drop me any question :)

4 comments:

  1. :) :) :) sharing is power
    daging berlado ka balado
    hehehe daging ballad ado tak?

    ReplyDelete
  2. ohh. hak3
    org minang panggil balado.
    sy je pngl berlado.
    heheh
    ape kebenda daging ballad tuh??
    =='

    ReplyDelete
  3. hahha. chef zida yg baru nak blaja memasak. cam ni la jdnye. kehh

    ReplyDelete