27 February 2010

Kawan aku jadi tokoh Maulidur Rasul, aku pulak yang bangga

" Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah "

Begitulah tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam semalam. Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat sebab even tahun ni tetiba ada tentangan daripada pelbagai pihak tentang acara perarakan ni, namun dengan kesedaran memperingati junjungan besar kita yakni Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah kita, kerajaan Negeri tetap melaksanakan acara tahunan yang gilang-gemilang ini.


Haila, tahun ni aku dah tak berpeluang menjadi sebahagian daripada ahli kontinjen perarakan sambutan (eleh, macam la tiap2 aku join). Haha. Walau bagaimanapun, aku tetap berbangga dengan kontinjen SAMTiSH pada tahun ni sebab korang dah hantar 2 kontinjen. Yeayy! Hahah. And the most yang buat aku berbangga, sebab one of my schoolmate merangkap budak yang pernah berada di bawah satu organization dengan aku telah dianugerahkan Tokoh Saidina Ali Negeri Selangor tahun ni.

 

credits to cikgu Sherina for this pic.

YUp!! That's him. Siapa lagi kalau bukan Ketua Umum SAMTiSH merangkap Ketua Disiplin Asrama sekolahku terchenta itu, Muhammad Mu'az bin Muhd Abd Azis (ps. uit, aku tak salah eja nama ko taw! haha) Bangga la weihh. Budak kebanggaan cikgu2 kat sana. Siap nak jadi calon menantu lagi. Hahah. Kalau dia sebaya aku, dah lama aku tackle. Muka boleh tahan weyy, suara sedap la jugak. Kawan aku pon berebut nak jadikan dia adik diorang. Lalalalala~

Mu'az yang ada bintang tuh

Well, aku akui. Syarat kelayakan dia memang cukup. Pandai, rajin, koko pun bagus, kepimpian tak payah cakap la. PMR 9A, SMA Mumtaz, pehh Add Math dia star bling bling! Koko plak, dia salah satu ahli kelab Marhaban dan telah bertahun2 menyertai Pertandingan Berzanji Marhaban. And and dah 2 tahun berturut-turut diorang Johan Pertandingan Berzanji Marhaban peringkat Kebangsaan (2008-2009). Tahun ni tak tau la macam mana. 

Congrates la ye pakcik Muaz. Semoga ko always sukses. Jangan sombong2 dengan kitorang. Pastu kalo aku pergi sekolah, ko jangan halau aku tau. Haha~ Ayat ngade-ngade kejap. Meh aku letak gambar kontinjen skola aku tahun ni. Hehe *jeles di sudut hati sebab tahun ni tak dapat join sama. Pulak Hijjaz dengan Rabbani buat persembahan. ta acik! Tapi tahun ni tak de pertandingan perarakan. Kesian dorang. Tahun lepas kitorang menang sepanduk terbaik. hehhhehh

credits to Ahmad Nu'man for this pics

Nak promote ni! Alang2 nak memperkasa ummah, aku nak promote kat korang semua tentang kem yang bakal diadakan tak lama lagi. But hanya untuk remaja berumur 13-18 tahun sahaja. Kalau dengan aku mungkin boleh dapat RM90 je. Cepat cepat , tempat terhad. Lepas kem ni ada susulan kem pulak. Kat tempat lain and more interesting ^_^

Sila lah kelik untuk tengok dengan lebih jelas.


ps. Tak rugi weyhh join kem ni. Macam-macam leh dapat. contact no saya 013-6610672. kalau nak, sila lah call atau mesej. tapi jangan nak buat benda lain pulak!  

Drop me any question :)

24 February 2010

Tag aku? Hahah aku tag Kim Bum pulak la nanti

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag


Results:


1. She currently still miss her old lifestyle - the school and the freaky hostel 

2. She has nothing to do now - online, online and online

 3. She's very love to Biology sampaikan all of the choices in the UPU mesti ada kene-mengena with that kinda subject ^_^

4. She very addicted to chocolate and the Cocoa Ice-blended

5. Cannot live without laptop, internet, handphone, earphone, camera and calculator

6. Hate the smokers, the Mat Rempit, and yang sekutu dengannya. 

7. Must-watched series every week - The Adventures of Merlin and Supernatural




8. Just gotcha 8 new friends at the MyEg Computer Test.


9. Must sleep back after Subuh and woke up on 10 am.


10. Sometimes got too sensitive. Sometimes got too childish. Sometimes got too crazy. And sometimes she's soooo kind.

11. Blogging is one of my way to release tension or give away any opinion

12. Got chatting with BOF's actorsKim Bum and Jensen Ackles





13. Love to hear new songs. *Maybe not to new. New release on radios. haha

14. Too much day-dreaming ! Yawww

15. Miss her, miss him, miss them a lot !!

16. Love to go to the mall. Window-shopping sudaaa =P

17. Suka kongsi makanan dengan siapa2 even the boys.

18. Must buy one new novel every month !

19. Must watch new-released films especially English movies ~






20. Nak sangat jadi doctor. Tak tipu tauu. 

21. Suka panggil orang sayang, even boys or girls. Tak tahu kenapa.

22. Suka sangat makan sampai dah nak gemok sangat dah sekarang

23. Saya anak Perak + Minang!


credits to Nabilah Halimi for this kinda tagging. Haha Aku da lama tak main tag2 ni dowh. Thanks ya !


I'm gonna tag this sincerely to ; 
Aliyah
Liyana Nadhirah
Maisarah Sofea
Lagi dua orang sapa2 je la.




Drop me any question :)

22 February 2010

Saya Anak Minang. Meh Meh Meh. Daging Berlado's recipe

Yeah. Hari ni nak share dengan korang satu resepi yang jarang2 orang Melayu kita masak. Sharing is caring right? Haha. Post ni special aku buat untuk Aliyah. Nanti ko post pulak tau ko punya resepi. Kita tukar2 la. Menu special ni aku import khas dari Sumatera, Indonesia. Masakan ala Minang. Haha Umi la yang ajar~ ^_^


 
DAGING BALADO

Bahan-bahannya :
Daging 
Bawang putih
Bawang merah
Cili merah
Minyak masak
Sos Tomato
Kentang
Garam
Gula


Cara-cara Memasaknya :

1) Sila rebus daging yang anda telah biarkan tadi selama setengah jam. Tak kisah la apa jenis daging pun, daging lembu, daging kerbau, daging unta, even daging arnab sekalipun tapi pastikan halal.

2) Goreng kentang yang telah dikupas dan dipotong mengikut citarasa terlebih dahulu.

3) Tumbuk bawang putih sebanyak 3 ulas sehingga lumat

4) Daging yang telah direbus sehingga lembut tadi pula perlu dihiris, lagi kecik, lagi sedap. 

5) Gaulkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi bersama daging yang telah dihiris bersama garam halus secukup rasa. Tak payah guna maggie cukup rasa tu, buang duit dan tidak asli.

6) Gorengkan daging tersebut menggunakan minyak gorengan kentang tadi sehingga ia menjadi sedikit kehitam-hitaman.

7) Blender bawang merah bersama cili merah (dalam 7 batang cukup) dan tuangkan adunan blender tersebut ke dalam kuali berisi daging tadi.

8) Tuang sedikit air (tengok la agak2 kering basah) dan garam secukup rasa.

9) Kacau dan biarkan minyak timbul serta daging menjadi ala2 kering kebasahan.

10) Siap dan hidang ^_^

Mati2 aku ingat susah nak masak benda ni. Well, sejak tinggal kat asrama dari Form 1 until Form 5 ni, aku memang malas nak masak. Tapi memikirkan aku dah besar, malu wehh kalau tak reti masak. Lagi2 aku ni berketurunan Minang, buat segan je tak tahu masak makanan tradisi. Haha

Daging Balado atau nama Melayu-nya Daging Berlada, ala2 daging masak merah tapi kuahnya kering sikit. Takde la pedas sangat. Tapi the truly recipe memang pedas. Walla weyhh. Masakan Minang memang pedas. Pi pekena Nasi Padang. Pehh. Hot! Hot!


Okey, just wanna to share. Seriously, aku anak kacukan tau mak aku Minang asli dari Parabek, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Semua suku sakat anak cucu cicit Bani Hashim dah selamat tinggal kat Malaysia (KL, Cheras, Gombak, Puchong, Setapak) Anak cucu cicit menantu lahir kat sini. Mostly mak2 je yang dari sana. Merantau ke KL sejak 1980-an. Haha

Nantila I stori pasal kampung I kat sana tu. Selamat memasak :)


Drop me any question :)

17 February 2010

Kalau tak sepakat, macam mana nak melekat?

Tak sepakat tak melekat ?

Oke, tak ada pape pun yang melekat terlekat. Haha. Saje letak tajuk posting macam tu [konon menarik la. Poyo je lebih macam Jun Pyo with his stupid curly hair tu~] Sudah. Back to the topic. You guys kata nak reunion kan? Alahai. Macam mana la program tu nak jalan kalau masing2 tak bagi full support and sokong and bagi kerjasama betul-betul. Lagu Wonderpet tau pulak nyanyi.

"Apa yang penting ? KERJASAMA !!" 
@
"What's gonna work ? TEAMWORK!!"


Posting ni special aku buat untuk bebudak mantan SAMSMEL 2005-2007 dan seangkatannya. Please sebut nama sekolahku tu betul-betul. Jangan memandai nak tambah kat belakang tu, aku tau orang selalu ejek nama sekolah aku ni. Tak pe. Tak pe. Sape ejek nama sekolah ni, tiap-tiap malam kene diarrhea. CIRIT BIRIT lahh. Serve your right !! Haha

Aku ni asek merepek je. Oke oke. Straight to the point, no belok2. Ni senarai cadangan untuk reunion yang bakal diadakan nanti. Sila baca dan decide, oke? Pada siapa2 yang bukan seAlumni dengan aku, sila bagi cadangan menarik ye? ^__-


First choice - Round somewhere for one day :

Cost yang tinggi dan kita hanya boleh main main dan main sahaja.


Genting Highland Theme Park


Cosmoworld Times Square


Second choice - Camping for three days and two nights ;

spend the money for three days, tak membazir, berbaloi-baloi, a lot of activities boleh buat, can spend more time


Taman Negara Pahang 

Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat

Nur Bukit Unggul, Jenderam Hilir

Nur Sungai Merab, Kajang

Setelah dilihat dan diteliti, aku tak boleh nak decide dan buat keputusan sorang2 tanpa korang. Sila berfikir dan tolong selesaikan masalah ini. Korang yang sememangnya SAMSMEL, sila bagi kerjasama. Kalau nak jumpa, kena la plan betul-betul. Nanti haru je tak dapat jumpa. 
So kalau dah sepakat, dapat melekat!!

Hehe. Reunion ini mungkin diadakan pada 16 Mac 2010, iaitu sehari selepas keputusan SPM diumumkan. OMG! 


"Tempat mana paling sesuai nak buat reunion - sekitar 100 orang, boleh buat a lot of activities, mengambil kos yang tak terlalu tinggi, tidak terlalu jauh dari KL dan menarik?"


Sila bagi idea ye. Tempat lain pun takpe. Terima kasih 

:)


Ps. Weh, korunk, jom meeting SEMULA ;  this Saturday kat Alamanda pukul 10 pagi. Please contact Pak Cik Pengerusi, Aiman. Die da tuka no phone baru tau.

Drop me any question :)

13 February 2010

Kau dah tengok ke belum? Kau pikir-pikir la sendiri !!

http://www.sinemamalaysia.com.my/gallery.php?p=ZmlsbS8xYjk2YmEwOC9hMmM1MTc0MTo5NjgxZTQwYTA3NDczMmIyZjYzZmQ5MGUyLmpwZw== 

Okeh okeh. Actually tajuk kat atas tu tak ada kena-mengena dengan siapa2 pun, tapi ianya berkaitan sebuah filem terbaru arahan Aminah Rhapor dan merupakan terbitan pertama bagi syarikat penerbit yang bernama SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. Yeah, pastinya untuk tontonan umum. Jika ada parents2 yang nak bawak anak2 tengok wayang yang sedikit humor & terasa nak gelak ketawa, silalah pilih movie ini. Tak payah nak tengok Valentine's Day ke, ape2 la. Saya yakin anda tidak menyesal (walaupun saya menyesal sebab tiket mahal sangat).

Sila tengok trailer di bawah jika anda nak tahu cerita ini best ke tidak.


Aku selamat seludup masuk TGV Cinema Cheras Selatan semalam, alone with myself, dengan tiket yang berharga RM10. OMG!! Bapak mahal. Nyesal aku pegi hari Jumaat. Hahah Overall, cerita ni kinda sedikit merepek but ada la jugak pengajaran even macam tah pape tah jalan ceritanye.

Meh aku kongsi sket sebanyak pasal stori nihh.

Cerita ini dimulakan dengan watak Nabil, seorang anak daripada keluarga yang miskin yang asyik berhenti kerja dek kerana tak tahan dengan kerja asalnya, iaitu penjual ayam di pasar. Nabil merupakan anak kedua dalam familinya ; ayah sakit - ibu suri rumah - abang penagih dadah - adik masih bersekolah. Dia tetap gigih mencari kerja (pagi Mat Despatch, malam peniaga Kuew Tiow) sehingga ke universiti dan di situ dia TERkenal dengan seorang awek menggelabah bernama Natasya. Natasya sering mengganggu Nabil dan kadang2 sehingga Nabil merana (ntah apesal die sangat tak berpuas hati dengan pakcik Nabil ni). Akhirnya Nabil berjaya membina nama dengan kumpulan Meet Uncle Hussien dalam satu program realiti tv dan dia dapat mengubah hidup keluarganya. Akhirnya, Natasya menjadi gelfren Nabil.


Ohh. Aku sangat suka lakonan Mila dengan Nabil. Alahai~ so sweet diorang jadik siblings (^__^) Watak Puteri Sarah oke dahh, tapi aku tengok dia punye lakonan macam ntah pape. Suara dia lawak gile. Watak Meet Uncle Hussien pulak macam pelik. Diorang akan keluar kalau ada scene yang kelakar @ kenakan orang. Diorang yang nyanyi tapi nanti diorang yang gelak sendiri. Huhu =='


By the way, ending movie ni sedih jugak la. Pehh. Aku tengok sorang2 boleh TERfeeling pulak. Haha. Sedih masa kerja dia satu persatu hilang, si Natasha sanggup tinggalkan Nabil tepi jalan sengsorang, awek yang dia suka nak kawen, motor kena curik. Adehh. Siap lagu MUH ape ntah tajuk dia.
Memang Layannnnn~


Moral of the story :
Sila bersungguh2 dalam membuat sesuatu kerja, jangan malas, rajin usaha, jadi anak soleh.

Rating :
6/10 (^__^)

ps. Amin. Jom kuar Raya Cina nihh. Aku belanja kaw. Tapi bukan kat Klang. Korang datang ar Mid Valley. Asek aku je kena pegi jaoh2. Huhuh~

Drop me any question :)

07 February 2010

Apabila budak lepas SPM bersemangat nak masuk universitas

Assalamualaikum :)

Heyya readers. Oh, Im sorry ; currently a bit lazy nak update blog. Ini semua Pakcik Fesbuk punya pasal la. Tak sah kalau sehari tak duduk depan lappy , and then open the freaky facebook saje. SAHAJA !! Haha. Friendster, Myspace ntah ke mana. I thought I have to delete both of that accounts. Malas pulak nak layan menatang tuh. Tapi kawan2 tak bagi delete, sebab banyak gambar dan memori2 tercipta kat dalam dedua website itu.


Fesbuk aku dah lawa lol~ even aku sorang jerk yang nampak perubahan terhadap laman sosial tersebut (cewah) , but it's soooo cute. Look this



Kah kah. Aku suka gila~! Credits to Farahanim ; she invited me to join benda tuh. Sebenarnya aku sendiri tak tau posti kali ni pasal apa. Alahai~ Sejak dua menjak ini lost of ideas. Oke , mengaku sebenarnya kemalasan. Haha. Currently busy dengan watching back Boys Over Flowers kat Youtube (laju tau!) , jadi bibik terhormat kat rumah , and IMKEDA. Yeayh. Im really going to exam this Saturday. REALLY !


Bukak ke Sabtu ni ? Chinese New Year bila eh ?


Oke lately I'm bit confuse nak pilih course apa. Seriously I tak minat accounting (ah, memang tak pernah belajar pun) , econs pun sama - senang cerita bab2 business ni memang tak minat. MEMANG ! Haha. Engineering pun sama, sebab really HATE pada subject yang bernama Physics. Owhh. Im sorry teacher. Dulu asek dapat D jer. Takpe. Minat itu boleh dipupuk, rite ? :)  




Oke, aku memang dah submit benda ni. Antara manusia yang paling excited dan awal menekan butang 'hantar' tersebut. Hahahaa. Tapi, bila tengok balik, layak ker? Semua sains jek ! (Abis nak buat macam mana kalau aku dah memang minat sangat sains. Yup, MINAT sangat~! Tapi, bila tengok balik, layak ker? Tahmidi Perubatan tu la aku rasa paling senang nak dapat sebab syarat2nya not too high! Plus I'm the budak sekolah agama. Cukup dah syarat (^_^)


USIM, UIAM, UITM, UM dan UNIMAS. Kalau boleh aku nak la dapat kat UIA, sebab my abah one of the lecturer kat sana. Kot2 dapat something special ker. Tapi kalau sebab semua ni tak dapat - KALAU - aku nak apply ACMS, yang ada sponsor scholarship with Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor tu. Lantak pi la mahal ! Janji aku dapat jadi doktor !! 




Alahai ~ Bila lah result keluar. I'm really really boring. 
 

Drop me any question :)

01 February 2010

Oh Arak !

Yeah yeah. Petang ini daku kembali dengan mood yang ceria la jugak, even there's some scar in my heart *erk. Zida sudah start untuk merepek. Haha ignore it. Semalam pergi PKNS Shah Alam, cari hanphone baru. yeay! Dapat la iPhone sebijik. Haha iPhone la sangat. China's version. Pape pun, aku tetap nak jual handphone tu balik. So, ada sape-sapa nak beli handphone dengan harga RM300? Please please. Please contact me soon. Thank you.

Ohh. Bukan nak story pasal ni. On the way nak ke PKNS tu, aku yang memang sudah arif sangat dengan highway tu *nak jugak letak name arif* , sudah mengetahui yang aku pasti akan melalui jalan depan kilang arak. GOSH!! Sebenarnya aku terfikir, bukankah kita ni sebahagian daripada orang-orang yang bersubahat dengan ntah-sape-sape yang kerja dengan kilang tuh? Banyak hadis yang menyentuh tentang perkara ini. Ohh. 

What the hell of that !?


 

 Ohh. Harap post ini tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Bukan apa, saya hanya mahu berfikir sejenak dan meminta pandangan siapa-siapa yang membaca post ini especially for the Islamic Students or anywho yang lebih arif dalam bab-bab fiqh dan hadis hukum.


Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90)

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya, yang minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)




Apa yang dimusykilkan di sini adalah, err. Kita tak kira bersubahat ke kalau pembuatan dan penghasilan arak ni ada kat sini?? Huhu..mesti duit cukai ke pape ke masuk dalam pendapatan negeri kan? Lepas tu, duit tu jadi gaji kita plak. Adehh. Kena kilang tu mesti ada kat sini?? Then ada jugak kedai-kedai yang almost of the muslims selalu pergi yang jual arak ni. Boleh ke idak? T_T


Saya cuma takut kita tergolong dalam golongan yang dilaknati Rasulullah. Nanti Baginda tak mengaku umat kang~ Lagipun, kalau Rasulullah laknat, maknanya, Allah pun laknat jugak!


Err. btolkah ape yang aku katakan ini?? 

Maaf. 

Sila beri komen, pendapat atau pandangan anda sebagai seorang rakyat Malaysia dan penganut agama Islam yang sejati :)

 

Drop me any question :)