06 August 2011

Tutorial : Memasang Widget/Plugin Waktu Berbuka Ramadhan (Blogspot & Wordpress)

Salam

Selamat Sahur 6 Ramadhan

Sebelum menunggu waktu nak bersahur ni, saya share dengan korang semua widget yang takde la baru sangat yang khas dicipta oleh Mr Kay tahun lepas. Yup, saya dah guna widget ni sejak tahun lepas kat wordpress. Memang comel sebab widget ni lengkap dengan tarikh, masa dan tempat.




Drop me any question :)

Kat Blogspot Nak Merapu Meraban Memang Best!

Yeayyyy!

Oppss.. Salam 6 Ramadhan buat semua.

Weeeeee finally I've finished editing this blog! Huargghh kau tahu aku edit dari pukul berapa? Dari adik aku pergi sekolah pukul 8 pagi tadi sampai la adik aku balik sekolah pukul 3 petang. Hebat tak aku? Haha habis segala tutorial aku punggah sebab aku tengok blogspot macam pelik gila je (?)

Hamboi mentang dah 2 tahun guna domain .com je

Eh, 2 tahun dah ye? HAHAH aku pun macam tak sedar je, hampir 2 tahun jugak guna menatang alah domain sendiri tu. Dan dengan domain sendiri tu jugaklah, alhamdulillah aku dapat menyara hidup aku sedikit sebanyak tanpa menambah beban pada umi abah aku. $$$ *kaching

Okey, aku pun taktau nak cakap apa, tapi memang rasa eksaited lepas bukak balik blogspot ni. Seriously wa cakap, wa puas gila! Hehe ekau la tempat paling best untuk aku meluah, ekau la tempat paling banyak idea aku mencurah-curah, wahai cik blogspot.

Dan satu je aku nak cakap, heee pada sesiapa yang pernah follow colleen-kawaii.com harapnya korang boleh follow balik la ye, sebab saya dah tukar feed yang lain, jadi bilangan follower pun menjadi 0. Tapi tu pun rasa kalau nak follow la.

Click My Tongue To Follow Colleen-Kawaii.Com





Drop me any question :)

05 August 2011

Reunion & Gathering a.k.a Iftar 5 Firdaus 2009

Hot news! Hot news!

Ehem.

Assalamualaikum w.b.t

Jemputan Ke Majlis Reunion a.k.a Iftar Pelajar 5 Firdaus 2009 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Semoga korang semua berada di bawah lembayung rahmat Allah dan sihat-sihat belaka. Btw, aku saje kasi tajuk gempak-gempak. HAHA ada salah 2 orang daripada classmate kita bagitau, Cik Puan Che Azwira kita yang comel itu telah menurunkan amanat bahawa kita semua disuruh berbincang untuk mengaturkan satu reunion.

Butir-butirnya adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 19 Ogos 2011 / 19 Ramadhan 1432
  • Hari : Jumaat
  • Tempat : Restoran Depan Masjid (?)
  • Masa : Asar sampai Tarawih

Okey, sebenarnya details tu yang teacher bagi. Teacher suruh kita bincang, lagipun ramai yang nak further study kan lepas raya ni. Teacher pun dah rindu sangat nak jumpa kita semua. Korang pun taknak jumpa aku ke? Hehehe



Lupa nak cakap, teacher cakap buat kat restoran depan Masjid Tok Dagang (betul kan?) tu sebab nanti kalau nak solat, tarawih terus senang. Kalau ada cadangan lain sila kemukakan. Nanti aku hantar invitation cun punya~ haha

Hope korang boleh bagi kerjasama. Nanti tetapkan satu tarikh (esok ke lusa ke) korang pakat la bukak YM ramai-ramai buat conference. Eh, YM apa kelas, Skype la best. Haha Kepada ex-monitor, encik Jijot, anda kena mengetuai diskusi ini. 

Wajib!

Sekian, harap maklum.

Disediakan oleh,
Zida
Tuan Empunya Blog Ini.

Drop me any question :)