29 March 2010

O Allah. Please Give Her The Strength

Why I still can't accept the fate and destiny of Allah?  
Why I am so jealous of what other people get?
Why I am not grateful for what I get?
Why do I keep blame myself?
T___T


O Allah..
Please. Please.
Please give me the strength..
Please give me something better than that..
Please show me the best way and the best step for me to go on..





Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah
You’ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
 

Insha Allah x3
You’ll find your way
 

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way..
Insha Allah..

Insha Allah we’ll find the way..



We're sorry. Author of this blog is still in 'a-state-that-cannot-accept' of her exam result. To all her friends, please continue to give support and encouragement to the writer so that she can be strong and continue living in happy, believe fear to Allah. May Allah bless her.


 

Drop me any question :)

28 March 2010

Kata Kunci Yang Tak Berapa Nak Munasabah




Tadi tergerak hati nak bukak website kesayangan encik Nuffnang. Saje suka-suka, yelah, teringin jugak nak tengok earning aku (mana tau kot-kot TERada ke) HAHAH yeayyy. Alhamdulillah.
Walaupun sedikit, tapi ini membuktikan beliau sekalian tidaklah kedekut mana. I will wait for my first cheque. ^__^


Kemudian. Then. Terasa pulak nak usha keywords. Some of bloggers said, keywords yang selalu orang cari, kadang-kadang ada yang kelakar dan tak masuk akal. HAHAH Seriously, memang lawak. Ntah apa-apa kata kunci yang aku dapat. Tengok ni.




Bila aku tenung graf horizontal ni, rasa macam nak gelak guling-guling sangat. Tengok yang aku tanda degan red box tu. KIM BUM dan BANTAL BUSUK ?!?? OMG.. Mana aku nak cari stori pasal Kim Bum dan bantal busuknya? Takpe, demi menjaga kemaslahatan bersama, meh meh, aku detailkan one by one.


Bas Sekolah ABIM Kajang
Amboi, mentang-mentang dulu aku sekolah kat sini. =___=' FYI, kat sekolah ni baaaaanyak sangat bas sekolah yang angkut budak-budak. Bukan bas je, van, kereta, motor pun ada. Nasib baik lori takde. Selalunya bas ni angkut budak-budak dari Serdang, Seri Kembangan, Bangi, Kajang, Cheras, dan Hulu Langat je. Area-area KL/Puchong/Shah Alam sana takde pulak. Sorry, I dah lama berhenti sekolah rendah. Nombor telefon pakcik-pakcik bas tu dah hilang. HAHAH face to face sudah. Mereka itu sangat sporting. Siap jual jajan lagi. Best !!


Kim Bum dan Bantal Busuk




Ohhh gosshh. He's so damn cute! HAHAH mengada-ngada betul dia buat muka manja plus comel kat bantal tu. Siapa la yang search keywords ni? I think dia ni mesti die-hard-fan of Kim Bum. Sorryla miss. I takde la sampai nak berkipas mati kat dia ni, even dia la the most Korean Actor yang aku suka. Pasal bantal busuk dia tu, I dah wiki-wiki, try tanya uncle Google. But still tak jumpa. U interview la sendiri. Tapi, agak-agak, dia ada ke bantal busuk?



Adventure Merlin
I dah story pasal Merlin ni kat post ini. Nak tau lanjut, tekan je situ. Well, aku agak obses gak pasal Merlin ni. Jalan cerita dia agak best. Dan aku masih ternanti-nanti the next season of The Adventures of Merlin.


Keputusam untuk Ambil Medic
Zaman membuat keputusan nak ambil course apa masih lagi berjalan. Aku sendiri masih mengakui, still tak tau nak buat decision, sama ada Medic or Pharmacy. Alhamdulillah, hari tu ada surat from Global Network Sdn. Bhd. Mereka offer aku untuk apply Medic, Dentistry or Pharmacy ke Mesir, Russia dan Indonesia, tapi sah tak layak. So, kepada sesiapa yang masih buntu dalam membuat pilihan, boleh usha blog Oh Malaysia (Bro Amer) tentang course perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya. Hope it may helps.


Alumni SAMSMEL 99
Alahai. Ni pun satu lagi. Sejak bila I sekolah kat situ masa 1999? T___T Harap maaflah ye senior-seniorku. Saya batch pertama generasi kedua setelah sekolah itu di-reopen-kan. HAHAH Jadi, reunion kalian saya tak tahu. Kali terakhir pun tahun lepas tak silap. Sila buka blog Alumni SAMSMEL ini kalau nak tahu apa-apa.


Esok Adalah
Esok adalah? Macam-macam boleh jadi esok. Gembira, sedih, bahagia, duka dan lara. Yang pasti esok aku tak sekolah. Dan esok juga adalah hari aku dapat lesen L (ek ena. baru nak dapat) HAHAH but frankly speaking, apa kejadah keywords ni? Semoga esok lebih baik daripada hari ini.

SAMT Hisamuddin Klang
Attention : Nama sekolah ini telah bertukar kepada SAMT Sultan Hisamuddin kerana Tuanku Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj akan mencemar duli pada 29 April 2010 untuk membuat perasmian agong sekolah tersebut. HAHAH punyalah lama sekolah ni dah buka, baru nak rasmi. Adoii.  Sila la jemput datang ye wahai alumni sekalian.Tapi tahniahhh. Disebabkan itu, sekolah ini menempa pelbagai kejayaan dan kecemerlangan serta pembaik-pulihan dan penambah-tarafan. Sekolah ini makin cantik. I jelous u ! Maklumat lanjut tentang sekolah ini, sila layari samth.bpi.edu.my



Gambaran Hari KFACE
Apakah itu? Siapa yang dapat memberitahu ku maksud ayat tersebut????

Itu saja setakat ini. Harap dapat membantu semua. Tapi hope jangan la keluar keywords pelik-pelik lagi. Thanks God tak keluar yang lucah lucah. Pening I nak tolong jawab keywords u guys ni. HAHAH Ekceli memang takde idea nak buat post pasal apa ni. Tu banyak merepek. Sorry kalau boring ;)

Drop me any question :)

26 March 2010

Berpesta-pestaan Di Pesta Buku 2010


Okeyy. Zida masih lagi dalam mood ulat bulu. HAHAH Ini semua gara-gara KLIBF yang masih lagi berlangsung kat PWTC tu. Yeyyy. Masuk semalam, aku dengan angah dah 4 kali pergi Bookfair itu (ekceli aku 2 kali, angah 2 kali. so 2+2=4 kali la kan) Betul, tak tipu. Seriously tak puas langsung pergi sana tanpa borong buku banyak-banyak dan tanpa membawa duit sehingga RM500. 

First aku pergi hari Sabtu lepas. Ohhhh berduyun-duyun manusia masuk-keluar-shopping kat sana. Dalam Hall Karangkraf jangan cakap la, memang sesak sampai rasa nak bernafas pun susah. Begitu hebat penangan novel-novel Alaf 21 dan segala macam jenis majalah yang ada kat dalam tu. T___T Batal terus niat nak beli trionovel memandangkan harga yang agak mahal ramai sangat orang!

Akhirnya, berkat keikhlasan kami meredah lautan manusia, memintas promoter-promoter yang membuang masa, tak kira jua hari apa yang kami jejaki, inilah buku-buku yang bakal menjadikan kami seekor ulat bulu sebagai ulat buku. HAHAH Time ni lah nak redah baca segala jenis buku. Kang dah masuk U kan, susah plak nanti.

Bidadari Hujan oleh Noor Azzahra

Keluaran Jemari Seni Publishing yang terbaru. Yeayyy. Stori yang sangat best, pasal seorang lelaki (Raimy Haidar @ Rain) yang terpaksa mengahwini seorang perempuan yang tak dikenali (tetapi dah pernah jumpa dalam mimpi HEHEH)

Status : TELAH Dibaca


Cinta Sufi oleh Ramlee Awang Murshid

OMG!! Aku sangat menjadi gila selepas angah beli novel ini semalam! HAHAH Macam ni lah gayanya kalau menjadi kipas-susah-mati kepada Uncle RAM ni. Novel kesinambungan daripada novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta. On my way untuk habiskan baca, kena ambil feeeeling ^__^

Status : SEDANG Dibaca


Diari Sufi oleh Siti Munazakiah

Buku ni tidak dibeli oleh aku sebagai along mahupun si angah. Tapi cik Ain Shuhada yang beli, setelah dipaksa oleh aku. HAHAH lagipun time ni Kakak Munazakiah tu ada. Pehh Cun weyhh. Ingat lagi masa dia keluar MHI dulu. 

Status : BELUM Dibaca


Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda oleh Rozzani Din

Buku yang AGAK misteri. HAHAH Dibeli oleh Cik Aishah setelah diperintahkan oleh aku jugak. Well, time ni Uncle Rozzani tu ada. Dia pun terangkanlah sedikit sebanyak cara nak gunakan buku ni. Quite interesting. 

Status : NTAH BILA nak baca


LBD : It's A Girl Thing by Grace Dent

Ohhh. It's sooo cheapy! HAHAH eksited sungguh apabila sampai ke booth English Novels ni. Less 30%. Surely last day lagi murah. Story about three girls, yang nak pergi bercuti semasa summer holiday, tapi dihalang oleh mak bapak diorang. 

Status : MASIH BELUM Dibaca



25th Hour by Edward Norton

Nama penulis dah macam anti-virus punya nama. Se-family I guess. HAHAH This 25th Hour story ni jugak ada filem sendiri. Aku rasa dah lama dah kot sebab rasa macam tak pernah dengar pulak.

Status : BELUM Baca Lagi
 ______________________________________

Tu baru sikit. Sebenarnya ada lagi, majalah2 dengan satu buku ilmiah yang bertajuk "Bila Zina Menjadi Budaya". Masa beli buku ni, aku berkenalan dengan penulis dia, Bro Syamil dengan isteri beliau, Kak Amira. Sporting banget! Siap ajak aku join dia punya konsultan lagi, jadi Fasilitator untuk program akan datang. HAHAH

Plan esok nak pergi lagi. Nak dating dengan Mardhiah pulak. Adoii. Rindu sangat kat dia. Lagipun budak-budak asrama SAMTiSH buat rombongan skali pergi sana. Nak sangat jumpa diorang dengan cikgu, sebab nak tengok majalah sekolah je pun. And the most ...


Esok nak beli novel Versus ni!!! Ohhh aku rindu nak baca novel Hlovate. HEHEH masa SPM semua dalam dorm aku tu gila baca novel-novel dia. Padahal SPM belum habis lagipun. Sampai lupa nak pulangkan balik T_____T Kak Nila, please tolong jangan habiskan novel ni. Keep one for me !!!!


HAPPY 16TH'S BIRTHDAY TO MY ANGAH ;)
 

Drop me any question :)

22 March 2010

Apa dosa anak-anak kecil ini ??




Ya Allah. Suci betul muka bayi ni, kan? Tenang dan tiada sekelumit dosa terpalit pada anak kecil ini. Bayi perempuan comel ini dengan tanpa bertimbang rasanya telah dibuang oleh ibu kandungnya sendiri. Dia ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil oleh orang ramai di kawasan semak belakang sebuah pasaraya di Ipoh petang kelmarin.

Lagi mengharukan, kawasan bayi itu dibuang berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Alhamdulillah, bayi tersebut masih hidup tetapi dia sangat pucat dan terlalu menggigil sehingga tidak mampu untuk menangis. Atas kerjasama orang ramai, bayi malang tersebut di hantar ke hospital berdekatan. Berita lanjut boleh didapati di sini .



Kepada emak budak :
Hoi Mak bayi ni! Kau ni takde perasaan ke? Mana hati, otak dan jantung kau? Kau ingat dia ni sampah ke?? Oooo. Buat dosa maksiat tau pulak. Buat seks dengan ntah mana-mana laki tak segan pulak. Bila dah terbunting, tau pulak nak buang anak ni. Tak reti nak bertanggungjawab langsung! Heyy binatang pun tau jaga, tau susukan anak, siap anak haiwan lain lagi. Kau ni orang ke kambing?? Ke alien yang datang dari planet pluto?  Haisyyy ...


Harap maaf. Bahasa yang kurang asam sikit. Maklumlah, hari ni tak makan asam. HEHEH Tapi ini kenyataan! Semua dah lupa hukum-hakam agama. Pergaulan bebas sana sini. Bila dah jatuh cinta, mula tergadai itu ini. Kalau tak nak pun anak tu, janganlah buang tak tentu pasal. Cuba bagi je terus kat rumah perlindungan. Bukankah itu lebih baik?




Adoii. Sedarlah wahai bangsaku! Sesungguhnya mereka anak-anak kecil ini tidak berdosa, bahkan tiada secalit noda pun di hati mereka. Ingat dosa pahala. Kiamat dah dekat. Tak lama lagi. Hisshhh. So, bagaimana kita nak membanteras semua ini? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.


ps.macam-macam gambar keluar masa Zida search keyword buang baik.seram pulak tengok.na'uzubillah.

Drop me any question :)

19 March 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair


Sila baca dari A hingga Z , dari mula sampailah ke titik noktah terakhir. Kalau tidak, anda tidak akan mendapat kepuasan dan nikmat yang terhingga seperti abang yang ada dalam gambar kat bawah ni.


Anda sering kebasahan dan berpeluh apabila tiba waktu panas atau di petang hari? Pastinya peluh yang mengalir keluar itu membuatkan anda tidak duduk diam dan menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan orang di sekeliling, atau erti kata lain, anda sangat busuk. Jika begitu, cubalah rangkaian produk deodorant jenama GATSBY yang semakin hangat di pasaran !!

Amacam? Ada gaya operator pemasaran tak? Ke gaya suara iklan kat tv atau radio ke? HAHAH Stop it. Aku tau sejak SPM keluar ni, aku suka sangat merepek. Bila baca balik ayat kat atas tu, seriously, aku macam terasa pulak. T___T Ohhh. Sejak duduk rumah ni, deodorant aku TERhabis. Jadi, macam dah lama tak pakai. Susah nak pergi kedai nak beli yang baru, gaji tak ada. Lalala~

Well, baru-baru ni aku ada dapat jemputan jadi VVIP oleh syarikat Nuffnang (M) Sdn. Bhd. Yeayy! Terima kasih kepada beliau yang menghantar emel kepada saya kerana memberi harapan untuk saya membeli deodorant yang baru. Anda telah menyuntik semangat saya untuk pergi ke GATSBY Deodorant Street Fair. Yup. I'm really REALLY want to go to that very super fun fair !!


Mesti you all tertanya-tanya, kenapa budak kecik ni NAK sangat pergi? 

HAHAH Ada 5 sebab kenapa aku ngade-ngade nak pergi sini.

Pertamanya, aku nak grab seberapa banyak deodorant yang ada kat sana supaya aku tak payah nak susahkan umi dengan abah lagi yang sudi bawak aku ke kedai Apek BB semata-mata untuk beli deodorant. 

Keduanya, masa pergi Genting Highland hari tu, aku tak berapa nak bertuah macam Izzah yang dapat draw sekor Kuda Laut Hijau (memang tak bertuah langsung sebab tak dapat apa-apa). So, dengan semangatnya aku nak menang lucky draw kat sana nanti. Mana tau, aku sangat bertuah sebab dapay draw banyak deodorant ke.

Ketiganya, kat sana aku berpeluang untuk mendapatkan pelbagai gadjet-gadjet yang cool dan menarik - sehingga RM15,000 tau! Tell me, where's the other place I can get and grab all that kinda cool and expensive gadgets? HAHAH. *Takde la nak grab all pun.

Keempatnya, untuk menghilangkan ketensionan aku terhadap keputusan SPM yang tak berapa nak cemerlang tetapi tetap baik, kat sana ada game Sumo-Wrestling tau! Yang menariknya, orang tu takde la gemok kot macam Awie dalam filem Sumo-lah, tapi diorang kena pakai air-bag suits. HAHAH mesti comel. Then, ada jugak game 'gladiator battles' dan macam-macam games yang komfem 120% best sampai boleh hilang stress.

Kelima. Last but not least, sebenarnya, aku TAK pernah jejak lagi kat Berjaya Times Square tu. Jeles wohh adik-adik aku semua dah pernah pergi. How can aku sorang je yang tak jejak tinggal tapak kaki kat sana lagi. HAHAH


Oleh itu, saya berbesar hati mengajak anda semua especially to all my blog-readers and my blog-followers untuk datang beramai-ramai ke Gatsby Deodorant Street Fair. Banyak faedahnya. HEHEH Untuk maklumat lanjut, anda boleh kelik www.gatsby.com.my/streetfair


Meh meh. Aku tak sabar nak dapat deodorant banyak2 ni. HAHAHA Pens-off. Babai. ps. Aku ni macam desperate sangat nak deodorant. Nampak sangat dah lama tak pakai. HEHEH ^____^

Drop me any question :)

18 March 2010

Pakcik Posmen, kenapa tak datang rumah saya hari ini?


Sila baca kisah ini ...


Pin Pin !!
Telingaku menangkap kehadiran bunyi tersebut lalu dengan sekelip mata otakku menginterpret data bahawa bunyi tersebut datang dari luar. Aku segera menyelak langsir untuk memastikan kehadirannya. Ohh. Kecewanya aku kerana orang yang aku ternanti-nantikan sejak pagi tadi, tidak singgah di pagar rumahku. Ohh Pakcik Posmen, kenapakah tiada warkah buatku hari ini? Aku kecewa dan terus kecewa.


HAHAH Itulah kisah aku dan pakcik posmen. Kalau korang nak tau, tiap-tiap hari pakcik ni datang singgah depan rumah aku, buat aku jadi rindu nak tengok muka dia yang tak tau la hensem ke tak , sungguh bergaya dengan kacamata hitam, berhelmet dengan menaiki motorsikal Yamaha 135 LC kaler merah putih tu. Yup! Aku suka tengok posmen hantar surat seriously! Tapi hari ni dia tak datang pulak T___T

Aku suka tunggu posmen datang, dengar je bunyi motor, aku terus tunggu kat depan tingkap. HEHEH Sebab selalu memang akan ada surat untuk aku (ceh, femes la konon. Zaman Internet pon main surat-surat lagi) Lagi-lagi sejak result SPM keluar. Bermacam jenis surat dari pelbagai universiti dan kolej aku dapat. Daripada yang pernah dengar sampai lah dengan yang tak pernah aku tau kewujudan kolej tersebut. 

macam-macam tawaran. nak ke tak?
 
Pernah tak terfikir, macam mana nak apply jadi posmen ni ek? HAHAH jangan ingat aku nak jadi posmen pulak. Yelah, posmen pun satu pekerjaan jugak. Halalan toiyyiban. Posmen jugak dah mengalami pelbagai transformasi. Dari hanya berbasikal dan topi serta spek mata besar, sekarang dah bertukar kepada motorsikal canggih, siap helmet. Cuma baju uniform je aku rasa sama dari dulu sampai sekarang.

ada muka macam apek sebelah rumah tak?

Ada tak perempuan jadi posmen? *Nama pun posmen, kang kalau perempuan, jadi poswomen. HEHEH Sesungguhnya bekerja sebagai seorang posmen ini adalah sangat sesuai untuk lelaki-lelaki yang menganggur dan tak ada apa-apa qualification. Bukan apa, tapi daripada jual VCD Haram ke, dadah ke, benda-benda haram ni, baik jadi posmen. HALAL tau!

Baiklah. Esok saya tunggu pakcik datang rumah saya dengan membawa surat-surat tawaran dan surat cinta yang dapat menggembirakan hati saya. I Miss U pakcik !!

ps.jangan salah faham.harap maap. :)

Drop me any question :)

15 March 2010

Masih Berpeluangkah Aku Membanggakan Semua Orang Di Sini??



Hari ni mood kurang baik, satu sebab kawan-kawan aku semua tak support aku pasal reunion, dua sebab hari ni kena ikut my mom again ke ofis dia di Ara Damansara; kena menghadap komputer lagi dan tiga sebab aku still pening dan pusing memikirkan course apa aku nak sambung lepas ni.

Saya dapat *A *B *C, bolehkah apply medic?

HAHAH kawan-kawan aku semua ramai yang sudah decide untuk ke mana. Ada nak yang fly ke Jordan/Morocco, Korea, UK, nak ambil course Pharmacy, Engineering, English Communication, Pengajian Bahasa Arab dan lain-lain. Aduhai. Aku je yang terkebil-kebil memikirkan nak sambung apa. Ntah kenapa buntu sangat memikirkan benda ni, lagi-lagi sebab subjek Biology aku C. Umi Abah macam nak aku ambil Medic dulu.


Niat dan tekad di hati nak sangat sambung medicine (perubatan). Yelah, itu memang cita-cita aku sejak azali lagi. Eh, sejak kecik la maksudnya. HAHAH Tekad aku ini bertambah apabila Kak Long Aini aku 'terbang' pergi Ireland. Masa kat airport semua meleleh, anak cucu Hashim yang pertama dapat further study in Medic. Wahh! Bangga la semua masa tu. Then, adik ketiga Kak Long, Kak Ayu pulak dapat fly pergi India - Ireland. Sekarang kedua-dua dah selamat jadi doktor. Adik mereka, Kamil, juga sedang belajar dalam course ini di UKM, kalau tak silap. Kak Ngah anak Mak Teh pun jugak. Jadi, ada 4 orang dalam keluarga aku yang sudah bergelar doktor.


bedah mayat weyy


Tapi, tadi aku terbaca dalam blog Oh Malaysia tentang course medic ini. Thanks to bro Amer sebab buat post pasal benda ni kat blog dia yang sangat best untuk dibaca tu. Dia ada bagi info pasal medic, farmasi, biotech dan macam-macam lagi. Sila lah usha belog beliau.


Jadi hasratnya di sini, bagaimana sih? Aku tak suka Fizik, Akaun (dan sekutunya) tapi sangat suka dengan Biology dan Math. Subjek agama pun okey jugak. Tapi masih tidak tergerak hati untuk ke arah itu. Rasa nak ambil "A Level" je dulu, but I must going to the IPTS. HAHAH Even mahal, but if I got pointer 3.5 and above, MARA boleh taja, yuran jadi murah, or even tak payah bayar. Erk*

Sila doa yang terbaik buat saya. Kalau ada course yang menarik dan sesuai dengan minat saya, sila suggest :)


Drop me any question :)

13 March 2010

SPM tak banyak A macam Nik Nor Madiha pun, tawaran belajar banyak apa datang bertimbun



Salam. Sila turn mood anda kepada mood skema. Heheh  ^^

Sudah 2 hari dah berlalu sejak keputusan SPM diumumkan, baru sekarang aku terasa nak update blog ini. HAHAH Harap maaflah ye ! Hormon kesedihan + kekecewaan masih menebal dalam diri ini. Ya Allah, aku masih tak dapat terima kenyataan yang keputusan aku tidak secemerlang kawan-kawan yang lain. Yup, memang tak cemerlang langsung!

saje letak

Aku tak rasa yang aku akan bagitau semua orang tentang keputusan aku, berapa banyak A yang aku dapat, tapi cukup sekadar ucapan Alhamdulillah. Aku tau, aku memang tak puas hati langsung, yelah, tak lepas target! Jeles tengok kawan-kawan lain. Dorang nangis gembira, tapi aku? Nanges kesedihan. 

HAHAH depan orang ramai aku nanges. Aku pedulik hape. Nasib baik kawan-kawan dengan cikgu-cikgu pujuk aku, bagi kata-kata semangat kat aku.  Bagi pendorong dan kekuatan kepada aku supaya aku tak lupa, ni semua rezeki daripada Allah. Astaghfirullah, hampir-hampir aku menyalahkan Allah.

“Dan boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk buat kamu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Sejak aku masuk SAMTH, aku selalu berpegang dengan ayat ni (dulu kan tak nak sangat masuk Hisamuddin, siap nanges nak pindah HAHAH) Yes, I admit it. Aku tak sangka Allah menyediakan banyak kebaikan buat aku kat sekolah ni, ternyata memang betul dan tepat dengan ayat di atas.

Niat aku nak sambung medic tu aku simpan dulu. HEHEH Ada hati pulak, padahal result tak bagus. Takpe, peluang masih banyak apa. Agama aku oke, semua dapat A, Physics pun not bad, boleh sambung Engineering ke, hape ke. Yang pasti tak nak ada kena-mengena dengan akaun or ekonomi atau apa-apa yang berkenaan dengan bisnes.


Tahniah buat kawan lama aku, Khadijah Ahmad Jais (SMA Persekutuan Labu) yang dapat 11A+ dan dinobatkan Pelajar Ketiga Terbaik SPM 2009. HAAHA Aku sangat terkejut dan berbangga. Hebat gila kau Dija! Makin famous sejak masuk SMAP ekk. Kawan-kawan SAMTH jugak - Ihsan 12A, Naqib Munawir Saadah Marlyana Umirah 11A, Arif Hadhinah Syuhada Dyana 10A, Shahira 9A dan yang lelain tu, congrates sangat-sangat sebab banggakan Hisamuddin. Aku je tak. Isk T___T

Oke, mood aku makin baik. Hari ni nak pergi macam-macam Education Fair. Surat-surat tawaran belajar pun dah banyak yang sampai. Doakan untuk saya ye? :)

Tengkiu.

Drop me any question :)

10 March 2010

Sebelas Mac - Esok Adalah Hari Tersebut !



Di kesempatan ini, sebelum menjelmanya hari Khamis yang bertarikh 11 Mac 2010, saya selaku calon Sijil Pelajaran Malaysia 2009 berangka giliran BA138A035 ingin mengucapkan selamat mengambil slip keputusan SPM esok buat semua calon-calon yang menduduki peperiksaan ini pada tahun lepas. 


Ingatlah, kita telah berusaha bersungguh-sungguh, dah berdoa, dah solat hajat, dah tawakkal, dah berserah diri pada Allah. So, apa jua keputusan yang kita terima esok, sila lah terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Redha dengan semua yang kita terima. Sebab tak semua yang kita inginkan itu adalah baik untuk kita. Allah telah terlebih dahulu merancang untuk kita.

Kepada kakak-kakak dan abang-abang di luar sana, doakan kejayaan kami ye. Semoga kami dapat meneruskan kehidupan dan menjadi rakyat Malaysia yang berguna buat negara. Kepada adik-adik, sila teruskan berusaha.

Siapa-siapa yang rasa macam agak kecuakan dan gementar, sila lawati blog Hilal Asyraf. Insya-Allah kurang rasa yang tidak enak itu.

So, best of luck. Kongsi-kongsi la story nanti :) 

ps. post yang agak skema. hehe

Drop me any question :)

09 March 2010

Mari Kita Menggeletar Sampai Mati Khamis Depan !!!




credits to Nurhakim Ibrahim

SILA PERHATI RESULT DI ATAS DENGAN TELITI DAN SEBAIK MUNGKIN

ADAKAH KITA BOLEH MEMPEROLEH KEPUTUSAN SEBEGITU ??

ADAKAH KITA LAYAK MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG??



HAHAHA Cuak doe aku tengok slip result SPM tu. Marilah kita bersama-sama menggigil sambil menggeletar sambil bulu roma semua tegak disebabkan takut + cuak + risau dan segala perasaan yang sekutu dengannya. FYI, ni ciplak je tau. Bukan result betul-betul pun. Kawan aku yang pegi ubah, konon bagi semangat nak dapat straight A+++. 

Hari ni dengan rasminya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia that also known as Sijil Panggilan Maut ( Oppss. Kelas kami panggil Sijil Paling Mudah) akan diumumkan Khamis depan, 11 Mac 2010.Takde lah diumumkan pun, datang sekolah, cek la sendiri. Heheh. Kalau siapa2 yang rasa masih tidak percaya dan tak puas hati, sila lah kelik sini.

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris - Memang boleh yakin 2 subjek ni dapat A. HAHAH Soalan tahun ni susah sikit, peribahasa pelik2 doh! Ntah peribahasa ceruk mana dia amek. Ke aku yang kolot ??

Mathematics & Additional Mathematics - Both of subject yang bagai langit dan bumi bagi aku. Math aku yakin dpt A+++ sebab soklan memang senang gila dan gila tapi Add Math memang buat aku dan ntah sape-sape jadi gila !!! Aku tak pernah lulus Add Math tau!

Sejarah - Thanks to Sir Azlee for the SPOT ! HAHAH Tak caya je semua spot keluar, walaupun ada yang spot tak keluar.

Chemistry, Biology, Physics - Tiga subjek yang memang dikatakan killer buat kamek-kamek yang sangat tak berapa terer. Alhamdulillah, masa exam betul2 baru aku dapat jawab full, fully-loaded. HAHAH First time mintak kertas lebih sebab nak jawab + sketch answers. Salu conteng-conteng tulis ayat jiwang surat chenta

Bahasa Arab Tinggi - HEHEHE Bangga kejap sebab tak pernah dapat bawah daripada A. But first time jugak aku buat karangan yang TERsangatLAH pendek. No ideas, tak faham dan ngantok la kot sebab pagi. 

Pendidikan Syariah Islamiyah & Pendidikan Al-Quran As-Sunnah - Susahhhh la jugak. Memang nak A, sebab trial boleh dapat, nape betul punya tak boleh kan ? Hope so. INSYAALLAH.

gambar hiasan. takde kena-mengena dengan sapa-sapa pun



So, mari kita doa, solat hajat, baca Yaasin ramai-ramai ehh. Elok jugak buat Qiyamullail dengan Dhuha. Tapi jangan sebab result nak keluar, baru nak jadi baik. Baru nak setat bertaubat. Result dah print, mane boleh ubah dah. Tapi keep on doa aje. Kot-kot TERubah ke. KUN FAYAKUN.


       Bittaufiq wan Najah ~ ^_^

Drop me any question :)

01 March 2010

Obsession Melampau Terhadap Series 'The Advantures of Merlin'



Waaaaaaa. Merlin dah habis. Lepas ni dah tak dapat nak tengok muka Colin Morgan yang kadang2 macam comel tu. Haha. Ni la akibatnya kalau taksub dan obses sangat terhadap drama series tersebut. Err, sebenarnya takde lah taksub sangat. Tapi sebab tiap-tiap malam Ahad, tepat pukul 9 mesti dah duduk tercongok depan tv sambil pelok bantal busuk dan botol susu. Lagipun apa yang aku nak buat malam hujung minggu kalau tak tengok tv? Laptop ni dah muak tengok aku.

 

Dulu mana aku pernah tengok cerita ni. Minat pun takde. Tapi sejak dua menjak jadi penganggur terhormat kat rumah ni, aku semakin jatuh chenta terhadap drama series ni. Haha. Korang tak rasa ke Colin Morgan a.k.a Merlin sedikit punya cute? Haha. Watak dia yang tak serius dan kelakar dengan ayat dia yang spontan lagi comel tu cambest. Rilek je hadap layan si anak raja Arthur tu.

Episod last malam tadi memang sedih la. *aku boleh ter-feeling pulak!* Baru je tau Balinor Dragonlord tu ayah dia, jumpa pun baru sehari dua, last2 mati depan mata. Sedeyy weh! T_______T sob sob. Tapi memang tak patut ayah dia tu mati macam tu je, kat tangan askar Crened pulak. *betul ke nama negara tu?* Kalau mati sebab lawan naga ke, best la jugak. Heheh
 
he looks damn cute ^_^

sejahat mana pun Mordred ni, dia comel tau!

the most disgusting episode & scene. Pompuan alien tu makan taik doh!

Alang-alang aku dah post pasal Merlin ni kan, aku nak promote la kat siapa2 yang excited jugak macam aku cerita The Adventures of Merlin ni. Aku pun baru tau wujudnya official website Merlin ni, adela dekat 2-3 minggu lepas masa tergerak hati nak tau more info pasal Merlin ni.

Ni gambar2 yang ada kat rumah 'home' website tu. Banyak lagi sebenarnya. Tak kan semua aku nak letak. Then, dalam website tu ada a lot of info, about the characters, video clips, pictures, and nak tengok episod2 pun boleh. Tapi kalau korang kat UK atau mana-mana negara Eropah la. Bukan Ulu Kelang atau mana-mana tempat di Malaysia ni. Hehe.

Yang lagi best, games pun ada! Wow. Ada 2 games je la. First game selamatkan Merlin, second game defends the Camelot. Quite interesting. Tak terlalu berat macam game lain. Sesuai la untuk kanak-kanak macam aku. Lalalalalala~♥


First time aku main game ni memang excited gila. GOSH! Takut rosak je mouse ni bila time aku nak bunuh tikus, spider dengan kelawar. Haha dengan keeksitedan dan keeksyenan aku, akhirnya aku berjaya menyelamatkan Merlin. Ngehhh.

 I can't wait for the next third season!

Drop me any question :)