28 March 2010

Kata Kunci Yang Tak Berapa Nak Munasabah




Tadi tergerak hati nak bukak website kesayangan encik Nuffnang. Saje suka-suka, yelah, teringin jugak nak tengok earning aku (mana tau kot-kot TERada ke) HAHAH yeayyy. Alhamdulillah.
Walaupun sedikit, tapi ini membuktikan beliau sekalian tidaklah kedekut mana. I will wait for my first cheque. ^__^


Kemudian. Then. Terasa pulak nak usha keywords. Some of bloggers said, keywords yang selalu orang cari, kadang-kadang ada yang kelakar dan tak masuk akal. HAHAH Seriously, memang lawak. Ntah apa-apa kata kunci yang aku dapat. Tengok ni.




Bila aku tenung graf horizontal ni, rasa macam nak gelak guling-guling sangat. Tengok yang aku tanda degan red box tu. KIM BUM dan BANTAL BUSUK ?!?? OMG.. Mana aku nak cari stori pasal Kim Bum dan bantal busuknya? Takpe, demi menjaga kemaslahatan bersama, meh meh, aku detailkan one by one.


Bas Sekolah ABIM Kajang
Amboi, mentang-mentang dulu aku sekolah kat sini. =___=' FYI, kat sekolah ni baaaaanyak sangat bas sekolah yang angkut budak-budak. Bukan bas je, van, kereta, motor pun ada. Nasib baik lori takde. Selalunya bas ni angkut budak-budak dari Serdang, Seri Kembangan, Bangi, Kajang, Cheras, dan Hulu Langat je. Area-area KL/Puchong/Shah Alam sana takde pulak. Sorry, I dah lama berhenti sekolah rendah. Nombor telefon pakcik-pakcik bas tu dah hilang. HAHAH face to face sudah. Mereka itu sangat sporting. Siap jual jajan lagi. Best !!


Kim Bum dan Bantal Busuk




Ohhh gosshh. He's so damn cute! HAHAH mengada-ngada betul dia buat muka manja plus comel kat bantal tu. Siapa la yang search keywords ni? I think dia ni mesti die-hard-fan of Kim Bum. Sorryla miss. I takde la sampai nak berkipas mati kat dia ni, even dia la the most Korean Actor yang aku suka. Pasal bantal busuk dia tu, I dah wiki-wiki, try tanya uncle Google. But still tak jumpa. U interview la sendiri. Tapi, agak-agak, dia ada ke bantal busuk?



Adventure Merlin
I dah story pasal Merlin ni kat post ini. Nak tau lanjut, tekan je situ. Well, aku agak obses gak pasal Merlin ni. Jalan cerita dia agak best. Dan aku masih ternanti-nanti the next season of The Adventures of Merlin.


Keputusam untuk Ambil Medic
Zaman membuat keputusan nak ambil course apa masih lagi berjalan. Aku sendiri masih mengakui, still tak tau nak buat decision, sama ada Medic or Pharmacy. Alhamdulillah, hari tu ada surat from Global Network Sdn. Bhd. Mereka offer aku untuk apply Medic, Dentistry or Pharmacy ke Mesir, Russia dan Indonesia, tapi sah tak layak. So, kepada sesiapa yang masih buntu dalam membuat pilihan, boleh usha blog Oh Malaysia (Bro Amer) tentang course perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya. Hope it may helps.


Alumni SAMSMEL 99
Alahai. Ni pun satu lagi. Sejak bila I sekolah kat situ masa 1999? T___T Harap maaflah ye senior-seniorku. Saya batch pertama generasi kedua setelah sekolah itu di-reopen-kan. HAHAH Jadi, reunion kalian saya tak tahu. Kali terakhir pun tahun lepas tak silap. Sila buka blog Alumni SAMSMEL ini kalau nak tahu apa-apa.


Esok Adalah
Esok adalah? Macam-macam boleh jadi esok. Gembira, sedih, bahagia, duka dan lara. Yang pasti esok aku tak sekolah. Dan esok juga adalah hari aku dapat lesen L (ek ena. baru nak dapat) HAHAH but frankly speaking, apa kejadah keywords ni? Semoga esok lebih baik daripada hari ini.

SAMT Hisamuddin Klang
Attention : Nama sekolah ini telah bertukar kepada SAMT Sultan Hisamuddin kerana Tuanku Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj akan mencemar duli pada 29 April 2010 untuk membuat perasmian agong sekolah tersebut. HAHAH punyalah lama sekolah ni dah buka, baru nak rasmi. Adoii.  Sila la jemput datang ye wahai alumni sekalian.Tapi tahniahhh. Disebabkan itu, sekolah ini menempa pelbagai kejayaan dan kecemerlangan serta pembaik-pulihan dan penambah-tarafan. Sekolah ini makin cantik. I jelous u ! Maklumat lanjut tentang sekolah ini, sila layari samth.bpi.edu.my



Gambaran Hari KFACE
Apakah itu? Siapa yang dapat memberitahu ku maksud ayat tersebut????

Itu saja setakat ini. Harap dapat membantu semua. Tapi hope jangan la keluar keywords pelik-pelik lagi. Thanks God tak keluar yang lucah lucah. Pening I nak tolong jawab keywords u guys ni. HAHAH Ekceli memang takde idea nak buat post pasal apa ni. Tu banyak merepek. Sorry kalau boring ;)

Drop me any question :)

5 comments:

  1. tiada crite psal diriku...
    kah3...

    ReplyDelete
  2. @amin : memang la takde. aku cite pasal aku je. hahaa

    @nawal : nape mesti ade KOT tu? ahaha =P

    ReplyDelete
  3. lawak gila keyword dorang ni.. pelik2 je sume.. tak boleh tahan dgn keyword esok adalah tu.... haha..

    ReplyDelete
  4. tu la. tak paham ape yg dorang cari senanye. hahaha

    ReplyDelete