14 April 2010

Budak Perubatan Jadi Gila?



Halu. Selamat pagi Malaysia. Ecece. Awal pulak bangun hari ni. Eh takk. Hari ni tak tidur balik lepas subuh. HAHAH Selalu tidur balik pastu bangun pukul 10 lebih, semata-mata nak tunggu drama Korea 'Sorry I Love You' tu. Ngeeee. Touching doe tengok cerita tuhh T_____T

Nak stori ni. Saya ada kenal dengan sorang kakak ni, bekas students SAMT Hisamuddin dulu. Nama dia Maryam, HAHAH tapi orang panggil dia Maya kott. Sekarang dia further studies kat Cairo University and of course dia budak Medic. Kalau rasa nak baca catatan dia sepanjang kat Mesir tu, cewahhh, bukak sini --> http://mayadealove.blogspot.com/.

Well, malam Ahad lepas ditakdirkan kitorang dapat berjumpa chatting together again. Muahhaha Susah woo nak contact, Mesir dengan Malaysia kan beza 6 jam. Memula dia tanya pasal perkembangan saya (amek berat la konon-konon, ehhh tapi memang dia banyak bagi nasihat. Best!) Pastu sekali dia cakap, "Wei, ko baik tak payah amek Medic." Kemudian saya pun bertanyalah kenapakah? 


Kemudian dia menjawab,
1. Setiap hari akan terasa macam exam je sebab mesti dengan buku selalu.
2. Setiap hari mesti je ada yang menangis sebab menyesal ambil course ni.
3. Setiap hari rasa nak jadi gila sebab hafal segala macam formula, segala jenis menatang alah organ, cell, tissue and other components in the body.
4. Kalau result tak bagus sikit je nangis, dah rasa down (padahal okey je ponn) 
5. Kalau result tak bagus, JPA boleh tarik scholarship tu. Ayoyoo..
6. Setiap hari rasa macam nak balik Malaysia.


HAHAH yang balik Malaysia tu tipu je. Tapi tatau la kalau betul. Seriously, saya memang dah bertekad tak nak dengan Medic dahh. Seram wooh! SPM je bagai nak menggila, nak pulak dengan Medic ni. Cukup la jadi Pharmasict. Boleh kawen awal sket. HAHAH Ehh, bukan sama ke?

Harap siapa yang bakal jadi doktor tu, jangan jadi macam ni okeyy. Nawal, kalau kau baca, jangan rasa down pulak tau. Kuatkan semangat! Semoga kau dapat jadi doktor~ Hehh. Jangan jadi gila sudeyy. XD



Drop me any question :)

10 April 2010

Perampok Zaman Millenium Lebih Pintar, Lebih Cerdik


*hensem takk?

Jangan tak faham pulak bila saya tulis perampok tu apa. Tengok Sinetron tiap-tiap hari mesti faham kan. HAHAH Perompak, penyamun, pencuri, peragut dan semua yang ada kutu sekutu dengannya. Sedar tak sedar makhluk terkutuk ni makin lama makin menjadi-jadi pulak. 

Tengok je la berita kat TV3 semalam. Nak meragut sampai ikut dalam rumah. Gila betul! Betul kan kan. Siap parang segala bagai. Thank God peragut tu tak bunuh aunty Mary tu. Hisshhh. Mentang-mentang perempuan, semua nak ambil kesempatan. Lemah sangat ke perempuan di mata lelaki?

And so, lepas bekfes tadi, abah dah buat discussion dan saya telah mendapat beberapa tips. Sudilah kiranya kalau nak ikut. Hehe.

1. Kalau ada orang buat-buat terlanggar kereta kita, buat tak peduli je la kalau tak teruk sangat. Tapi kalau agak teruk, usha sikit no.plat kereta tu, pastu buat report polis. 

2. Kalau bawak beg tangan tu, jangan biar macam tu je, kena pegang sekali (except kalau pakai tudung labuh. Heheh)

3. Jangan letak dompet dan benda berharga kat dalam poket. Senang je kalau nak seluk. Saya pun pernah try. HAHAH Test kat kawan je la tapi.

4. Jalan ramai-ramai kalau keluar. Better kalau ada lelaki dalam group yang keluar tu. 

5. Kalau jalan kat depan sekelompok lelaki, cuba try sembang  kuat-kuat pasal kungfu, taichi, taekwondo, silat depan diorang. Pastu buat-buat ganas sikit ke. Mesti tak kena kacau.

Cubalah try. Memang berkesan. Saya selalu buat yang no. 2, 4 dengan 5 tu. Saya ni kan kaki jalan, lagi-lagi kalau jalan kat Klang, Shah Alam dengan KL. Pehhh tak buat macam tu memang masakkkkkk. Tawakal pada Allah jangan lupa.

*kreatif tak perampok ni?


Okey. Cukup. Saje buat entry ni, sebab sat lagi nak pergi tengok wayang, cerita Date Night & How To Train Your Dragon. Ada siapa-siapa nak ikut? (n_n)


Drop me any question :)

08 April 2010

Anak Dara Sekalian. Dengar Sini. Anak Teruna Pun Boleh.


taken from google. tak tau pulak sape ni =='

Baru tadi ada seorang kawan umi saya datang ke rumah untuk mengambil sekotak Jus Pink Guava. Umi macam biasa dah selamat pergi ke ofis. Tengah dok angkat kotak jus tu tadi, tetiba berlaku perbualan menarik antara kami. (konon-konon menarik la)

Acik : Hmmm..ada macam bau sambal cili la. Masak ke?
Aku : Ha'ah. Masak. Tapi bukan masak sambal la. Cili merah je. (sama ke?)
Acik : Masak cili merah je?
Aku : Heheh. Ikan Goreng Tongkol Masak Cili Merah dengan Terung Goreng Bawang Tomato.
Acik : Wah. Pandai kamu masak.
Aku : (bangga sebentar pastu membebel acik sambung lagi)
Acik : Anak acik tu, sorang pun tak tau masak. Yang pandai apa. Makan makan makan. Masak ikan goreng pun tak reti. Bla bla bla (kemudian beliau pun pulang)


WTFrog. HAHAH Anak dia seorang pun langsung tak reti masak even ikan goreng? Biar betik weii. Tu la, bila mak ada, orang gaji ada, kedai restoran ada, semua jadi malas nak belajar masak. Kesimpulan dari dialog di atas adalah : anak-anak masa kini lebih suka makan sampai gemuk orang lain masak daripada masak sendiri.


Tiba-tiba teringat cerekarama Dalil Cinta lakonan Sharifah Amani & Fahrin Ahmad tu. Yes. Itu contoh terbaik. Si isteri tak tau masak dan buat segala kerja rumah sampai rumahtangga boleh berantakan. HAHAH masa tengok cerita ni dengan kawan, memang gelak habis lah! Saya tonton cerita dengan seorang kawan baik saya yang tak perlu disebutkan nama di sini. Serius dia mengaku dia langsung tak reti masak.



nak lebih? tekan sini


Heyy gurls! Cuba fikir balik. Salah satu cara nak tarik perhatian orang lelaki adalah dengan memasak. Betul. Lelaki sangat suka makan, lagi-lagi kalau makan makanan kegemaran mereka. Jadi, sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga kot sat lagi ada orang ketuk pintu masuk meminang, sila belajar masak sekarang!


Masak tak susah la. Belajar la dulu yang simple-simple. Berkenalan dengan sayur kobis, kangkung, kulit kayu manis, kunyit, lada hitam dan makhluk-makhluk yang menghuni dapur tu. Kang malu je orang tanya, tau tak daun kari, daun belimbing tu macam mana. Daun belimbing? WTV. 


datuk siti masak untuk dato' K (kottt)

Belajar sekali siang ikan, sembelih ayam, potong daging. Dalam memasak, takde kamus geli-gelemen tau! So, nanti dak terer pegang sudip, masak la menu yang power-power sikit. Sejuk perut mak mentua nanti. Heheh.


ps.mentang2 semalam berjaya masak Ikan Kari dengan Ayam Kurma, nak belagak pulak. =='


Drop me any question :)

07 April 2010

Saya Mahu Blog Saya Dijelajah oleh Ben Ashaari kerana ...


Siapa yang tak kenal dengan BEN ASHAARI, seorang lelaki yang sangat pakar dalam dunia blogging ini, sehinggakan ramai blogger-blogger baru yang senantiasa meminta tunjuk ajar daripada sifu yang seorang ini (ceh, ayat macam nak mengampu je) HAHAH Saya suka tengok dia membebel dan itulah kenyataannya.


Dan beliau telah memberi peluang keemasan kepada blogger baru seperti saya (start 2008, kira baru la tu kan?) untuk beliau menjelajah dan mengomen serta mengkritik blog-blog yang serupa macam saya. LOL


Saya mahu blog saya diterjah dijelajah oleh beliau kerana saya tak pernah dapat komen daripada beliau T___T Saya tahu saya tak sefemes beliau dan saya tidak sepakar beliau. Jadi inilah kesempatan buat saya agar beliau sudi mengkritik blog saya yang tidak seberapa ini. Saya juga berharap untuk jadi sefemes beliau. HAHAH perasan tak sudahh.


Jadi, kalau kalian nak berkenalan dengan beliau dan bersedia untuk dikritik, sila lawati blog beliau yang begitu simple sekali ini --> Blog Ben Ashaari : Bantu Membantu. Beliau sudi membantu anda.


Drop me any question :)

06 April 2010

Project Alpha : My Favourite Sport



Heyya. Sebelum berceloteh panjang, saya nak buat pengakuan dan kenyataan bahawa sudah 2 bulan saya tidak bersukan! Tak tipu, peha dah macam Fara Fauzana dulu-dulu dah. Heheh. Sejak tamat zaman remaja persekolahan ni, saya tidak ada tempat khas untuk bermain sukan kegemaran saya iaitu King Kong Ping Pong. 

Saya tahu, mungkin ramai yang tidak meminati sukan ini, iyelah nampak tak berapa nak famous. Tapi bagi saya ianya sangat menyeronokkan. Lagi best daripada main bola jaring, bola tampar dan lain-lain yang biasa dimainkan oleh budak-budak perempuan (eleh, hakikatnya memang tak tahu main)

Kenapa Zida suka saaaaaangat dengan sukan ni? HAHAH Sebenarnya sebab dari ni jelah the one and only sport yang saya sangat hebat bermain dan selalu memenangi pingat dan kedudukan di sekolah zaman dahulu kala. Sampai game kat komputer pun kalau boleh nak ping-pong jugak. Lagipun family sebelah mak (yang keturunan Minang Sumatera tu) memang sangat terer main ping-pong. Pehh, Paklong punya smash laju gila! Respek habis laa.


bestnya dapat lawan dengan kekasih hati

Main Ping Pong ni dapat kuatkan tangan dan mengeluarkan peluh. Pakaian pun tak kotor except kalau korang main kat tempat kotor la. Jadi kalau dah berpeluh-peluh tu, saya prefer kat korang untuk guna produk 'Adidas Action 3' tu. Lengkap. Semua ada. Murah je, tak mahal. ^_____^

Tapikan. Aku teringin nak main boling! Serius tak pernah main, token punya pernah la!




Special tribute for (hehe) our lovely Nuffnang. Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


Drop me any question :)

05 April 2010

Suka Dengki Orang Lain, Bagus Sangat kah?


Gambar kereta milik Datuk Seri Nizar yang kemalangan pada bulan Januari lepas

Salam Hari Isnin buat semua readers yang sentiasa menyokong saya di arena of star penulisan blog ini. Wahh, dah rasa macam blogger tegar pulak. Mana tak, hari-hari tak hidup dengan blogwalking, tulis entry baru, follow sana sini, komen itu ini. HAHAH Eh, elok pulak mood. Sepatutnya kalau ikut tajuk, mood macam tak baik kan? T________T

Saya tak faham kenapa mesti ada orang yang dengki plus iri hati dengan kejayaan orang lain? Kenapa? Mengapa? Apa salah kami kerana kami diperlakukan sedemikian?

Sebenarnya, baru-baru ini Umi (mak aku lahh) ditimpa kemalangan yang tak diduga. Ehh, ada ke orang menduga kemalangan? Apa-apalahh. Masuk hari ni, dah seminggu kereta Honda City Umi ada dekat Pusat Servis. Minggu lepas, Umi eksiden langgar tiang sampai kereta boleh terbalik. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana kereta tu boleh terbalik. Mungkin macam gambar kat atas tu kot.

Menurut kata Umi, masa tu kat simpang (jalan kat Balakong, bawak kereta sorang diri). Pemandu yang ada kat opposite jalan tu dah bagi laluan kat Umi. Tapi ntah macam mana, Umi boleh 'tertidur' lalu melanggar tiang dan kereta terbalik. Aisehh. Mata elok segar-bugar tapi boleh tertidur. Umi ada mengadu jugak, sejak dua menjak ni, kalau drive tu mesti mengantuk.


Akibat mengesyaki sesuatu yang tidak baik, semalam Umi jumpa dengan ustaz di Darul Hidayah, Bangi (betul ke nama ni?). Yupp. Memang. Ustaz tu cakap, seseorang telah melakukan 'sesuatu' kepada Umi sebab dia dengki dengan kejayaan dan bonus yang telah umi perolehi baru-baru ini. Mungkin sebab dia tahu, Umi selalu pergi ofis sorang-sorang, dia pun mengambil kesempatan.


Okey


Umi baru dapat 'bonus dan kejayaan' besar dalam bisnes Jus Jambu Batu Merah Jambu tu. Umi telah menjadi antara 4 orang tertinggi di cawangan Selangor ini. Mungkin sebab tu ada orang yang tak puas hati, kenapa Umi boleh jadi orang komiti tu.


Alahai, kau ingat senang ke jadi komiti tu? Aku sendiri pun dah rasa susah tau! Sampai tak tidur malam, kalau tidur pun pukul 4 pagi. Lepas tu, tinggalkan rumah berhari-hari, tinggalkan anak suami. Makan pun tak tentu. Meeting, talk segala bagai. Kau ingat ringan ke haaa??? Apa pasal dengki sangat?

Ya Allah. Kalau boleh, kalian doakan keselamatan kami sekeluarga. Doakan kesejahteraan kami. Jangan biarkan Umi ditimpa masalah kami. Wooo. Adik-adikku ramai wehh. Sume kecik-kecik. Aku pun kecik jugak. Semoga orang yang berkenaan dapat menyedari tindakan yang dilakukan dan semoga hanya ALLAH saja yang dapat membalas segala tindak-tanduk orang tersebut.


Amin.
 

Drop me any question :)

02 April 2010

Din Beramboi Meninggal ; Makin Ramai Meninggal Tu Tandanya apa?


Seperti semua maklum, Pelawak Terkenal dan DJ Radio ERA, Din Beramboi  telah kembali ke Rahmatullah pada 2 April 2010 lebih kurang jam 12.30 tengah malam tadi. Beliau telah disahkan menghidapi denggi berdarah tahap kritikal dan ini menyebabkan beberapa organ dalaman beliau gagal berfungsi. Beliau akan dikebumikan sebelum solat Jumaat hari ini.


Alahai dunia. Nampak sangat kau semakin tua. Nampak sangat kau semakin ke penghujung. Setiap minggu, ada saja berita orang-orang yang telah meninggalkan kau, dunia. Aku rasa bukan setiap minggu, tapi mungkin setiap hari ada saja yang meninggal. Apakah ini tandanya kau pula akan meninggalkan kami, wahai dunia?


Ohh. Seram pulak baca 'quote' kat atas tu. HAHAH tapi inilah hakikatnya. Makin ramai yang dah tinggalkan dunia ni. Dah ramai yang Allah dah jemput dulu. Tinggal kita yang masih hidup ni je. Tapi, wahai bakal jenazah sekalian, adakah anda telah membuat persiapan rapi untuk dijemput oleh Allah? 


Ekceli, aku takde la minat sangat uncle Din ni. Tapi kadang-kadang dengar lawak dia, tergelak la jugak. Lagi-lagi masa SPM hari tu, kitorang jadi rilek dengar lawak dia dengan Aznil. That's why terkejut jugak dengar berita ni. Tribute untuk beliau ada di sini. Yelah, hari tu Yanie Mentor meninggal, sekarang beliau pulak. Haishh. Takut je tak sempat nak bertaubat dan beribadah, kan? Pinjam quote Nabil kejap, Lu Pikirla Sendiri. Tepuk dada, tanyalah iman!

Sob Sob Isk Isk  T________T  Al-fatihah.


Drop me any question :)