20 May 2011

Aku Rindu Blogspot Ni

Salam buat semua.

cewah

HAHA ada ke agak-agak orang macam aku? Penat-penat beli domain plus hosting, tetiba plak cakap nak tukar balik guna blogspot? Whattaheck laaa lu~ Ntahlah aku tiba-tiba rasa penat sangat guna hosting sendiri ni. Aku macam asyik rasa selalu kena bayar bandwidth, aku rasa macam kena selalu risau kalau tak update blog, sebab aku akan rasa membazir bila tak update.


Dan sekarang, aku dah segan nak mintak RM9 kat Umi aku sebab Maybank online aku buat masalah. Mintak orang bayarkan? Alololo macam segan la pulaks. HAHAH ke ada yang sudi nak tolong bayarkan?? Alah, sembilan hengget je!

Tapi aku memang rindu nak menaip kat blogspot, sebab aku rasa idea mencurah-curah kalau kat sini. Kalau kat wordpress, entah kenapa idea tu suuuuusah sangat nak keluar, pastu pulak kena berhempas pulas tulis ayat sopan-sopan cewah.

Lagipun aku tengok orang sekarang design blog masing-masing cantik-cantik, lawa-lawa. Aku rindu dengan blog-blog dekat tepi sidebar, yang muncul dengan pelbagai entri terbaru. Kawan-kawan best, senior-senior hebat, blogger otai-otai FUHH

Korang rasa camne? Patut tak patut takkk? Haaaa sila bagi komen, pandangan dan bebelan anda di sini sebelum saya redirecting balik blog ni ke colleen-kawaii.com esok. Hohohohohohohohoho

PATUT TAK TUKAR BALIK KE BLOGSPOT??




Drop me any question :)

10 comments:

  1. Nak tulis blog atau buat apa-apa sahaja dalam dunia ni kena ada suasana yang selesa dan sesuai untuk kita bekerja, barulah hasil dia memuaskan hati. Macam aku, walaupun aku guna Wordpress, aku masih gunakan Tumblr untuk Live blog sebab ianya berpuluh kali lagi mudah berbanding kalau guna WordPress tapi untuk blog utama masih lagi mengekalkan WordPress sebab macam-macam function aku boleh guna dalam WordPress.

    Jadi takdelah isu sangat pun. Guna mana yang sesuai dengan kita. Platform-platform ni dicipta untuk memudahkan kita tulis blog, daripada nak buat website html satu-satu, pilih mana yang sesuai, belajar macam mana nak gunakan ia dengan betul dan gunakanlah sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. maafkan saya kalau nyampok.. saya tolak ketepi soal otai petai semua ni..

    hanya nak kasik sedikit tips.. jadilah awak walahpon kat wordpress.. tak semestinya pakai wordpress ayat nak skema.. just be what u are.

    just selamber.. kalau menulis rasa nak limitkan tu.. nak limitkan ni.. nak skema.. so jadi menulis is no longger fun... betull.. tak caya?

    hehehe... teruskan jer menulis jangan harap orang komen... macam kita tulis diari. mudah kan? nak cakap ape pon cakap la.. janji tak kacau orang... kalau nak maki orang pon.. maki jer.. tapi tak perlu la tulis nama..

    eh eh.. nak tulis nama pon tak pe.. orang yang baca pon tak kenal.. melainkan awak cakap dia tu orang politik ke.. memang carik nahas la.. kalau stakat kutuk member kat blog.. sampaikan rasa tak puas hati kat member... just selamber jer.. tak perlu nak sopan.. tapi jangan pulak mencarit macam orang tadek tamadun.. just be smart jer la.

    p/s: kan dah berkajang.. bhahaha

    ReplyDelete
  3. erk, sejak bila teman jadi otai ni. teman tak pernah menggelarkan diri teman sebagai otai, teman hanyalah blogger yang suka menulis. so rasanya tak kisahlah nak pakai blogspot atau wordpress ataupun sebagainya. rasanya blogger otai yang zida mention tu, semuanya ada blog di blogspot. begitu juga dengan saya, saya still guna blogspot, tumblr, wordpress.com, journal dan macam2 blog saya guna. nak tulis blog pun tak semestinya nak ayat skema, just be your own. tapi harus diingatkan, beza di antara diari dan blog. jangan sesekali menjadikan blog sebagai diari dan sebaliknya. tulis sahaja apa yang kita rasa perlu untuk kongsikan. tak kisahlah nak pakai platform apa sekali pun. masing2 ada kelebihan. betul tak? anyway, ingat satu benda lagi. untuk apa kita berblog, pahatkan tujuan utama kita. macam saya, saya menulis blog adalah untuk melepaskan tekanan dalam hidup saya. macam mana pula dengan zida? renung-renungkan, selamat berblog. :)

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Nak menulis perlukan medium yg selesa. Awal2 dulu memang saya pun rasa tak selesa pakai wp, tapi lama2 dah makin seronok. Walaupun byk kali ada masalah dgn wp, tp pengalaman tu yg mengajar kita.

    Tapi itu semua terpulang, sebab saya memang ada minat nak belajar pasal hosting ni, disamping berblog.

    Terpulang lah, macam Ariffshah cakap. Pilih yg mana kita rasa selesa. Kalau minat hanya menulis, tapi malas nak fikir masalah2 hosting sume ni, tak salah nak berpindah balik ke blogspot. Orang kata kalau guna wp ni lagi bersemangat, sebab kena bayar. Biasalah tu kalau rasa pressure, tapi kalau rasa "pressure" tu tak berbaloi, apa salahnya guna blogspot balik

    Macam AzmanIshak (Kreuger) cakap di atas, jadi diri sendiri. Tulis macam biasa. Saya pun update sama juga, kat blogspot dulu 2 3 entry seminggu, kat wp pun 2 3 entry seminggu. Takde beza pun. Cuma bila guna wp ni rasa ada kelebihan lain, justsaying.

    ReplyDelete
  5. erk...nampak mention kat twitter...tapi maaflah kak jie tak dpt nak menulis panjang...platform adalah tempat, menulis adalah diri kita... gunalah apa pun janji selesa.

    kak jie masih ada blog di blogspot

    ReplyDelete
  6. Apa pun platform tu bagus kalau tak kan syarikat buat cuma kita sendiri mesti ada misi dan visi walaupun berblog jangan diremehkan. Kalau kita ada matlamat dalam berblog mestilah kita mencari beberapa blogger idola luar dan dalam negara dan jadikan blog mereka sebagai petanda aras. Jadi kualiti blog kita mesti jadi seperti kualiti blog mereka atau lebih baik dari blog mereka ini.

    ReplyDelete
  7. jap,kenapa tetibe aku jadi otai lak ni.haha.tak pe la aku kasi pandangan sebagai kawan je eh.

    few things you should consider.

    first, pasal duit muit ni kan. yela kita ni student lagi. so poekt ni tak berapa nak kembung lagi kan. So, ko kena tengok la mana satu benefit ko lebih. make sure marginal benefit is higher than marginal cost ko. Kalau rasa2 benefit lagi banyak dari cost, terus kan la dengan WP. kalau sebaliknya, do you mind to revert back to blogspot?

    next, pasal design cantik cantik ni. for me la kan, just make your blog as a reflection of yourself. Tak kan la kita nak make up blog kita ikut preferance orang lain. that's not fair. Blog kita, wajah kita. Cantik ni kan subjektif, so just follow your preference.

    then ,bab ada idea tak ada idea ni. Kalau sesak2 sangat nak update WP, bukak Blogspot ko, update dekat situ (kan idea mencurah2 bila update dekat situ).bila dah abis, copy paste la entri tadi dekat WP.lepas tu tekan la butang [Update]. Settled! hehe.

    to conclude, ucapan penghargaan mention aku dekat twitter, aku nasihatkan ko buat "Pros COns List' untuk both WP and blogspot.tengok mana satu better dan sesuai untuk condition ko sekarang.

    Make a wise decision! All the best!! (^.^)Y

    ReplyDelete
  8. pakai dua2 pun boleh jer... aku pun banyak giler blog.. tak tahu nak focus mana dah.. haha.. yang penting posting jalan macam biasa... kalau nak bantuan 10-20 hengget ..takda masalah bagitau jer..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete