29 March 2014

Kembali Kepada Fitrah

Fitrah.
Bukan Aliah Fitrah adik saya.

Tapi fitrah yang ini-- kembali kepada yang asal, kepada yang semula jadi.

Kembali kepada domain dan hosting yang lama-- blogspot.

***

Hai, assalamualaikum!

Saya tau saya membebel sorang-sorang kat sini, memandangkan takde siapa yang tahu blog ni saya aktifkan semula. Bagus jugak, boleh tulis panjang-panjang. Tempat curhat kedua paling best lepas curhat kat Allah. Hihi.





Account suspended.

That is what they told me. Saya terlambat seminggu bayar domain colleen-kawaii.com dan lepas berfikir-fikir saya nak hold dulu blog tu dan stay guna blogspot ni. Banyak benda nak dipertimbangkan sebelum pergi bayar. Tapi insyaALLAH dalam masa terdekat akan bukak balik, banyak benda kot dalam tu :D

Cumanya dalam fikir-fikir pasal blog kena suspend ni, tiba-tiba dia terbawak saya berfikir,

"memang kalau baru dah kena tahan baru nak kembali kepada asal-- FITRAH. macam tu la manusia. Bila dah susah baru mula cari Tuhan balik.."

GEDEBUSH.

Sendiri fikir, sendiri rasa kena tembak.

Memang. Manusia bila tengah senang suka riang ria benda paling susah untuk dia ingat waktu tu adalah Tuhan. Tapi kalau tengah susah tu automatik nombor satu cari Tuhan tu balik. Hmmm.

Pernah tak rasa sebenarnya bila tengah susah tu sebenarnya Allah nak bagitau yang dia rindu kat kita?

DIA nak hamba Dia selalu ingat Dia.
DIA nak hamba Dia selalu dekat dengan Dia.
DIA nak hamba Dia selalu mintak macam-macam dari Dia.
DIA nak hamba Dia tahu yang Dia sayangkan hamba tu sebab tu Dia bagi hamba tu susah!

Cuba kalau setiap hari kita senang suka riang ria je? Entah bila nak ingat Tuhan ye idok?

Pandang cermin hati.
Refleks diri sendiri.

Aku bersyukur tak bila Allah bagi nikmat?
Aku bersyukur tak bila Allah cukupkan keperluan?
Aku bersyukur tak bila Allah sihatkan tubuh badan?

Bersyukur takkkkkk?

Krik krik...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui." [30:30]

Sebelum lahir, memang fitrah kita bertauhidkan Allah Yang Esa, ada akidah yang lurus. Tapi bila dah lahir, dah hidup semakin besar dan besar, jalan yang lurus jadi bengkang-bengkok.

Fuh.
Lari dari landasan. Boleh terbabas kot.

Macam account yang kena suspended tu, nasib baik ada blog ni. Ada jugak tempat lain nak membebel.

Macam orang yang kena kesusahan, nasib baik Allah ada. Ada jugak tempat nak mengadu.

Kalau kena terus suspended sampai mati camno?
Hewhew.

Sebab tu kena ucap banyak banyak alhamdulillah bila kita tengah susah. Allah nak kita balik kat Dia, nak bagi kita cari balik fitrah kita tu. Dia nak bagi peluang kita betulkan jalan yang terbengkok tadi, sebab dia nak kita straight alaaa tool (jalan terus dalam bahasa arab Mesir) masuk Syurga!

Sweetnyaaa Dia!

Bila dah straight tu, doa banyak-banyak supaya tak bengkok balik!
Hikhik.



Alhamdulillah, Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Moga terus kekal dalam fitrah ni :)


Salam rindu nak tulis macam ni,
Zida
Cairo, Egypt
0955pm



Drop me any question :)

2 comments:

  1. InsyaAllah boleh dapat balik. Notify je syarikat server tu. Heeeee

    ReplyDelete