14 January 2010

STAM ? Aku nak amek??

Berita terkini SAMTiSH

Rabu, 13 Januari 2010 - Pendaftaran bagi para pelajar Tingkatan 6 STAM sessi 2010 telah berjalan dengan lancar semalam di semua sekolah agama menengah tinggi (SAMT) di seluruh negeri Selangor. Seramai lebih kurang 70 orang telah mendaftar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH), Jalan Kota Raja, Klang, semalam. Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Mohd Suhaimi bin Salleh berkata, para pelajar yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah ini boleh mendaftar mulai semalam hingga hari ini. Kebanyakan mereka berasal daripada sekolah ini sendiri, selain dari SAM Bestari, SAM Hisamuddin Sg. Bertih, SAM Sungai Merab Luar, SAM Jeram, SAM Nurul Iman dan lain-lain. Para pelajar ini telah ditempatkan di kelas 6 STAM 1 dan 6 STAM 2 yang berada di blok Asrama Putera. Mulai hari ini dan esok, mereka akan menjalani sesi orientasi yang mana slot-slot menarik mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diperdengarkan kepada calon-calon STAM 2010 ini.

Sumber dari : Ketua Editor Sekolah 2009 :)
_____________________________________________________________________________________


Salam.
Hehe. Alhamdulillah. Semalam aku dapat pergi sekolah lagi, dengan alasan nak jumpa kawan2 lama. Tapi memang betul pun, sebab semalam kan diorang daftar STAM. Kitorang - Aku, Adah, Ain Shud, Shera, Zatie, Pekja, Amin, Izzuddin - pergi sekolah dengan suka citanya. Haha Pekja, Amin dengan Izzuddin ada kerja sebenarnya. Diorang kena tolong Tcher Leen, masukkan markah Koko dari Tingkatan 2 sampai Tingkatan 6. Aku, Ain, Adah mengofferkan diri tolong Cik Koop Aimi jaga koop. Pehhh! Femes kitorang. Sape lalu kat koop, kitorang terus je menjerit. Yang bestnya, Cikgu Sabariah, Cikgu Hasliza yang dah berabad berminggu2 tak jumpa. Ohh habis bising koop tu. Meriah.


bajet bergambar depan pintu Bilik Mesyuarat Aspuri yang baru ber'tile'

Yea yea yea. Nasib baik budak2 sana tak sombong lagi, kira diorang ingat lagi la kat kitorang. Mu'az, Pojan, Ayie, Syeman, Iqbal, Arif, Murni, Izza, Umai si MPA baru yang dah lama ni la. Haha. Faham ke? Satu lagi nak bagitau, gelaran SAMTiSH tu budak2 sini yang letak. Tak tahu la kalau cikgu Pengetua bagi ke tak. ^_^


are-da yang batak tengok mural depan DM

Then, kat dewan, dapat jumpa kengkawan yang amek STAM - Mardhiah, Tasha, Dahlia, Ain, Maryam, Hidayah, Umira, Shazwani, Ayong, Daus, Amir Akhtar, Naim, Haziq, Hakim, sape ntah lagi. Dak skola lama aku -  Piepa, Niena, Khuza, Aziz. Aliyah kakak Zakiyyah pun jumpa jugak :) Diorang sume suruh aku mohon STAM balik semula. Adoii.. Sebenarnya, memang dah mohon hari tu, tapi lepas ustazah Aisyah cakap yang budak STAM tak boleh keluar, mesti habiskan sampai exam, tu yang aku tarik diri. Tetiba umi suruh aku mohon pulak. Dija dah mohon, tinggal tunggu keputusan je. Aku ni...

"Nak Mohon Ke Tak ????? Patut ke Tak ???"



Drop me any question :)

6 comments:

  1. kalau rase okey nk sambong, sambong la. jgn ikot kawan, tp ikot hati okey! :)

    ReplyDelete
  2. korg dh start dftr stam dh???....kisas bln 6 bru dftr....huhuh...

    awl gler ah....

    ReplyDelete
  3. @syue
    erm.rasa mcm nak sebab minat jugak arab.
    mak pun da bg permission utk apply balik.
    tp tu la.
    kene pk elok2.. thanks syue :)

    @aiman
    kitorg awal sbb kitorang skola setahun je..
    kisas dua tahun kan??

    ReplyDelete
  4. owh ye ker.....

    ak igt kn mmg sme amek dua taun...huhuhuh....

    ReplyDelete
  5. haah! memang best sgt sgt sgt!

    ReplyDelete