16 January 2010

Nak kurus? Jangan ambil ubat tau!

Kadang-kadang kita terdengar segelintir masyarakat kita terutamanya perempuan, suka bercakap perkara ini - masalah gemuk atau berlebihan berat badan. Ayat-ayat seperti ; "Ohh, tidakkk~! Aku semakin gemuk!!", "Alamak, macam mana nak kurus ni??" atau "Gemuknya aku! Malulah kalau orang pandang~". Pernah juga perkara sebegini terlintas di fikiran saya memandangkan berat badan semakin bertambah dek tinggal di rumah hampir sebulan setengah selepas berakhirnya SPM pada bulan Disember lalu.



Biasalah kalau dah duduk kat rumah, perkara pertama yang selalu dibuat mestilah makan, makan dan makan. Sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam, supper. Adoyai~! Risau pulak. Oleh sebab itu, hari ini saya telah membuat sedikit kajian dan 'surf-ian' mengenai perkara ini. Well, banyak di antara cara-cara untuk menguruskan mengurangkan berat adalah dengan menelan PIL KURUS. Aiyaaa...tak elok maaa..





CARA UNTUK MENGURANGKAN BERAT TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 

9. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.  

10. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. 


11. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

12. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. MAKAN DI MEJA MAKAN!!

13. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. 

14. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 

15. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing - 
.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 
.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
.Bersenam atau peregangan. sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



 comel plak kartun ni :)

Selamat mencuba !!



Drop me any question :)

5 comments:

  1. good info...love it!!!thanx 4 sharing..(^_^)

    ReplyDelete
  2. tu apa? zinger tower dgn snack plate? *mentang2 dah kerja kfc*
    haha
    aku ni lagi susah
    ingat nak kurus masa cuti
    hampes, tiap kali break makan burger ayam burger ayam
    bulat la masa amik result

    ReplyDelete
  3. ya allah..kuatkanlah iman ku.. keepsi katenyer...

    ReplyDelete
  4. @cik sha.
    haha. tadehal. mmg ske share.
    bukankah Sharing Is Caring??
    (^__^)

    @akim.
    peh peh. bestnye ko keje kat kfc.
    haha
    lps ni gimok la ko ek??

    @afiq.
    aminn.
    hehe

    @finaz.
    gemuk??oh oh, ade. cume blom post je lg.
    kih2,

    tengs komen
    :)

    ReplyDelete